Travelog #1: C. E. N. T. R. E

Authored by: Zaharah Uzir
Edited by: Anwar Mc Noo


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

Saat langkah di ayunkan
Pantang surut ke belakang
Hingga sampai ke tujuan
(Petikan lirik lagu JEJAK)

Yup terus melangkah ke hadapan, kerana di sanalah tujuan kita, kan?


Pertama kali kaki melangkah meninggalkan bumi kelahiran serta keluarga yang amat dicintai demi sebuah safar ilmu amat berat bagiku dek kerana terlalu banyak memori yang terkubur. Amat benarlah pepatah yang aku pernah dengar “people can change but not memories with them”. Seperti semalam baru di bangku sekolah tetapi hari ini secara tak rasminya status aku bergelar student kepada satu universiti terkemuka di Malaysia iaitu Centre For Foundation Studies International Islamic University Malaysia atau lebih dikenali sebagai CFS IIUM dalam kalangan pelajar.
Bertemankan abang dan kakak iparku sebagai penjaga tegar aku sepanjang proses pendaftaran pada hari pertama di UIA. Ini kerana, memandangkan kesihatan dan ketidakbiasaan ma serta papa dengan tempat yang baru, sekaligus  tidak mengizinkan mereka untuk bersama-sama dengan aku pada hari pertamaku di bumi Petaling Jaya tetapi aku yakin kerana doa mereka berdua lah urusan aku dimudahkan.

Adat untuk student baru macam aku menjalani satu program orientasi selama lebih kurang seminggu yang dikenali sebagai Taaruf  Week atau TAWE. Disini lah starting point ‘culture shock’ untuk pelajar kampung macam aku memandangkan aku hadir dari sekolah yang keseluruhannya perempuan. Otak dah start bercelaru memikirkan saki baki kehidupan aku di UIA, macam mana sosial aku nanti, aku nak pergi kelas dengan siapa memandangkan aku ‘sekeping’ manusia yang susah ingat jalan, Ya Allah.

Nasib baik hadirnya dia.

“One friend who understands your tears is more valuable than thousand friends who only know your smile”

Raihana. 7 angka yang sama dengan aku. Ini lah yang ditakdirkan sebagai classmate aku, teman aku hadir kelas, dengar luahan dan masalah aku sampai lah sem ke 4 sebagai roommate aku. Aku juga tidak lupa schoolmate aku sejak zaman maahad lagi. Terima kasih sahabat kerana selalu menjadi mangsa ‘sekeping’ Zaharah, sabar melayan kerenah ‘sekeping’ pendosa ini dan sudi menjadi soulmate kepada hati yang sering bermasalah. Dek kerana terlalu ramai insan-insan yang bertanggungjawab kepada perubahan aku sepanjang menjalani kehidupan aku di CFS, cukuplah nama kalian ku pahatkan dalam hati dan menjadi rahsia di sanubari. 

Pepatah ada menyebut bahawasanya “setiap yang hadir dalam hidup kita bakal mengajar sesuatu yang baru juga untuk kita”. Susah nak aku sangkalkan statement ini kerana airmata yang mengalir deras, saat hati dikoyak rabak, saat jasad terasa letih , ternyata kasih sayang Allah pada hambaNya yang merupakan pendosa ini tak pernah hilang. Dihantarnya ‘insan-insan’ ini dalam hidup aku supaya aku sedar dan yakin zaman kejatuhan seseorang tak akan berkekalan melainkan perlunya untuk bangun kembali.

"There are no strangers here, only friends you haven't yet met" 
-William Butler Yeats-


"Friends and good manners will carry you where money won't go" 
-Margaret Walker-


Allah berfirman dalam Surah Al Hujurat :13 
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”


Foundation Student Coordination Council (FSCC) atau Majlis Perwakilan Pelajar CFS IIUM merupakan salah satu dari “mereka” yang banyak mengajar aku menjadi sosialis yang ‘berjaya’. Terdedah dengan aktiviti core UIA menunjukkan Geng FSCC tak pernah tak sibuk, naik turun jumpa admin demi menyampaikan suara students, juga protokol dalam event-event besar UIA. Semua ni lah yang membantu aku improve softskill sejak di Maahad lagi especially dalam leadership dan aku yakin serta percaya yang semua society di UIA adalah platform terbaik untuk kalian (terutama sekali adik-adik baru) yang ingin mengexplore sesuatu yang “wow”di CFS. Di sini lah aku mencari pengalaman. Di sini aku memperoleh pengajaran.
Di sini juga aku dapat fahami lebih dalam mengenai kehidupan.

“Setiap pengalaman yang tidak dinilai baik oleh dirinya sendiri ataupun orang lain akan tinggal menjadi sesobek kertas dari buku hidup yang tidak punya makna. Padahal setiap pengalaman tak lain daripada fondasi kehidupan”
― Pramoedya Ananta Toer, Nyanyi Sunyi Seorang Bisu 2


Raudah Festival (RaFest) dan Sport Martial Arts Carnival (SMAC) antaranya. Di situ lah aku kenal perangai dan ragam manusia dalam bekerja dan pengalaman inilah yang banyak mematangkan aku sampai sekarang. Bukan hanya satu hati yang perlu kita jaga tapi banyak yang terkadang kita tak mampu nak handle dengan baik. Itu lah asbabnya ada satu pepatah mengatakan “Leader is the one who endure” and I admit it. Aku belajar dari mereka yang seorang ketua tidak meletakkan diri sendiri sebagai priority tapi ahli dibawahnya sebagai keutamaan demi keselesaan dalam bekerja dan hidup dalam pasukan.

"The only source of knowledge is experience" 
- Albert Einstein -


Akhir kalam, tahniah dan welcome to the garden of knowledge and virtue buat new intake student 16/17. Nasihat selaku senior, jadilah produk keluaran UIA yang disegani dan dihormati kerana keluhuran akhlak dan budimu duhai adik, jangan menjadi salah satu asbab untuk orang pandang sebaliknya. Ini kerana, saat kalian melafazkan ikrar baiah, terdapat satu tanggungjawab atas bahu kalian untuk membawa nama UIA, famili dan Islam itu sendiri khususnya.

Itu saja coretan sang kerdil pada perjalanan kali ini. Semoga bertemu di next travelog in shaa Allah… selamat menimba ilmu di tempat baru dan jangan lupa, kerana ilmu kita diangkat, kerana ilmu juga kita akan tersilap menjadi sombong. Kuncinya, pada kita, sama-sama kita manfaatkan sebaiknya.

Siapa yang menuntut ilmu dengan niat yang ikhlas, dia mendapat kehormatan sebagai mujahid, pejuang Allah. Bahkan kalau mati dalam proses mencari ilmu, dia akan diganjar dengan gelar syahid, dan berhak mendapat derajat premium di akhirat nanti. Tidak main-main, Rasulullah sendiri yang mengatakan agar kita menuntut ilmu dari orok sampai menjelang jatah umur kita expired. Uthlub ilma minal mahdi ila lahdi. Tuntutlah ilmu dari buaian sampai liang lahat.”
- Ahmad Fuadi, Negeri 5 Menara -

Comments

Popular Posts