時間 (Jikan)

Authored by: Fdhlinfrhnh
Edited by: Anwar Mc Noo




IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

"A man who dares to waste one hour of time has not discovered the value of life"
- Charles Darwin -

Bagaimana ia bermula sekali lagi ;

Pandangan hanya dilontar ke luar jendela kondo. Penat. Dia baru sahaja selesai memunggah kotak yang pelbagai saiz dan bentuk daripada lori. Kotak-kotak penuh dengan buku-buku kesayangan dari rumah lama yang bersepah dilantai dikuis dengan kaki. Nafas dihela. Mengeluh. "Sudah kali ke berapa.."

Passport dan kad pengenalan dengan identiti barunya dibiarkan bersepah di atas meja kopi.

Mata menangkap kelibat seorang anak kecil yang leka bermain di taman permainan kecil disebelah kondo serba sederhana ini.

"I pray that you will lead a good life kid" Sengih terukir. Sarkastik. Kecewa. Kosong. Muka diraup. "I’ve to prepare for tomorrow. Can’t run away from it anyway, aite?"

Tahun-tahun pertama ;

Normal. Dia membesar dengan normal. Sama seperti kanak-kanak lain.

"Cikgu, bila dah besar nanti saya nak jadi doktor!." Dia tersenyum bangga menjawab soalan Cikgu Aminah.

"What will the future look like? What will MY future look like?"

Tahun-tahun berikutnya ;

Skrol ditangan digenggam erat. Puas. Air mata mengalir. Pencapaiannya sudah terukir. Kabur pandangannya apabila dipeluk dua orang insan hebat dalam hidup. Ibu ayah. Dia tahu mereka bahagia. Dia tahu mereka menangis gembira kerana dia.

He has graduated with dean’s list from a prestigious medical school after years going through ups and down.

Kepala ditunduk tanda terima kasih apabila dia yang juga memakai jubah hitam graduasi mengucapkan tahniah dan menghulur sejambak bunga mawar merah.

"Congrats to you too." Mata melirik ke cincin yang tersarung elok di jari manis si dia.

"And meera, thank you for wearing the ring." Senyuman masih tidak lekang daripada bibirnya. Dia bahagia.
Life is a bed of roses. Indeed.

Tahun-tahun berikutnya ;

Khairil tersengih apabila si kecil merengek di wad padietrik, tidak mahu menerima suntikan antibiotiknya. “Rasa macam kena gigit semut je dik. Sungguh. Nak lolipop tak?” Anak kecil itu mengelap air matanya dan berhenti menangis apabila Khairil menayangkan balang yang penuh dengan lolipop berperisa strawberi.

Padietrician? Checked. Telefon dipoket lab coat putihnya bergetar. Incoming call; Meera.

"When will we discuss about our marriage? God, it will be held next week my dear."

"I'll drop by after I’ve finished my work." Dia tersengih.

Tahun-tahun berikutnya ;

“Arghh!!” Dia meraung.

Jiran sebelah rumahnya yang sedikit terganggu dek jeritannya menggeleng. “Abah, kenapa dengan Abang Khairil? Sudah seminggu dia menjerit begitu. Dia sakit ke?” Anaknya bertanya, meminta kepastian. “Biarkan, mungkin dia gila.” Jawab ayahnya, acuh tak acuh. Serpihan cermin bercampur darah merah dibiarkan bersepah di lantai tandas. Entah berapa banyak barang di rumah ini telah dia pecahkan. Sudah seminggu dia membiarkan dirinya terkurung dalam rumah ini.

Air dibiarkan mengalir di tangannya yang penuh kesan calar. Sakit. Physically and mentally.

Immortal? Tak logik. Semua manusia akan mati. Itu pasti. Cuma dia istimewa.

Mengikut perkiraannya, dia kini telah mencecah 30 tahun. Entah kenapa dia yang tersenyum dibalik cermin tadi kelihatan sama seperti dia ketika berusia 17 tahun. Dia keliru.

Life is indeed a bed of roses. However, it comes with thorns hidden behind the beautiful colour and fragrance

Tahun-tahun berikutnya ;

Kepalanya masih pening. Mata cuba dibuka. Siling putih.

"I’m still not dead, huh?"

Meera yang setia menunggu disebelahnya terjaga. Khairil tersenyum melihat dia yang masih dengan stetoskop dileher.

"It's already 12 am. Go home, your little family is waiting." Dia tersengih seperti tiada apa yang belaku.

Meera menggeleng. “Take those pills before you  go home tomorrow. And please, for God’s sake, stop coming here unconscious.”

Khairil hanya senyum dan merenung wanita dihadapannya. Sungguh dia cemburu melihat wajah Meera yang sudah semakin nampak berusia.

Time stops for those who decide to give up.

Tahun-tahun berikutnya ;

Hujan lebat turun membasahi bumi. Langit gelap. Seakan-akan turut bersamanya, menangisi pemergian si dia.

Dari jauh, dia dapat lihat anak sulung Meera menangisi pemergian ibunya yang tercinta. Suaminya yang memayungi daripada tadi memberikannya kata-kata semangat, cuba untuk menenangkan isterinya. Dia tidak lagi mampu menangis. Mungkin sudah lali dengan pemergian manusia yang disayangi sepanjang kehidupannya. Dia hanya berdiri di situ, menitipkan al-Fatihah kepada si dia. Semoga rohnya tenang di sana. “Abang Khairil, bila nenek nak bangun balik?” Si kecil dalam dukungannya yang masih tidak mampu memahami hukum alam merengek, meminta penjelasannya.

Dia hanya mampu tersenyum.

Every soul will taste death. And We test you with evil and with good as trial; and to Us you will be returned. (21:35)

Tahun-tahun berikutnya ;

Ya. Dia bukan lagi doktor. Dia terpaksa mejauhkan diri dari mereka yang mengenali 'Dr Khairil'.

Kerana dia tak mampu menjawab persoalan manusia tentang usianya lagi. Dan identitinya kini sepenuhnya ditukar.

Tahun-tahun berikutnya ;

Sunyi. Dia sunyi. Baru sahaja tadi dia balik dari melawat kubur Meera. Entah kenapa masa berlalu amat pantas, manusia yang hadir dalam hidupnya silih berganti, namun dia masih lagi dia. Terperangkap dalam tubuhnya yang berusia 17 tahun.

Is it a curse or a blessing?

Sekarang ;

"Abang Khairil!" Dia tersentak dari kenangan silamnya dan tersengih melihat anak kecil itu melambai ke arahnya. Dia mengangguk, membalas lambaiannya. Air liur yang ditelan terasa kesat. Dengan senyuman dibibir, anak kecil itu menghulur lolipop berperisa strawberi kepada Khairil sebelum dia berlari ke arah taman, kembali bermain dengan rakan-rakannya.

“Abang jangan nangis lagi tau! Dah besar pun masih menangis. Tak malu!” Anak kecil itu mencebik dari jauh. Telatahnya mencuit hati Khairil. Dia tertawa. Khairil masih lagi dengan wajah mudanya yang berusia 17 tahun. Namun dia cuba untuk menggunakan 'masa tambahan' yang ada sebaiknya.

Be the best human. For Him.

Air yang bergenang di kolam matanya dikesat. Sungguh dia rindu watak yang ada dalam tahun-tahun pertama kehidupannya, 100 tahun dahulu.

Is it a curse or a blessing? You choose.

*****

Done! Got the main point? Sebenarnya the point is aku cuba sampaikan hakikat masa dan apa matlamat sebenar yang perlu kita letak, cuma dalam bentuk fiksyen.

Your long term goal.

Pernah tak terfikir kalau suatu hari nanti kita terperangkap dalam badan berumur 17 tahun (bagi aku 17 tahun tu dalam lingkungan ‘golden age’ sebab kau masih memiliki kecergasan dan kecerdasan yang optimum) dan dah capai segala apa yang kita hajatkan contohnya kerja impian dan rumah besar. Apa lagi yang perlu kita buat selepas tu?

Sebenarnya, apa yang kita cari dalam hidup? Di mana tujuan, atau destinasi yang dicari?
Jawapan kepada persoalan itulah yang akan menentukan pilihan tadi.

"You may delay, but time will not"
- Benjamin Franklin -

Footnote:  Jikan is a japanese word for time or hours





Popular Posts