Be Kind, Always

Authored by: Tyto Alba
Edited by: Anwar Mc Noo

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL



“Everyone you meet is fighting a battle you know nothing about. Be kind. Always.”
-Brad Meltzer-
Suasana di laluan pejalan kaki itu sesak. Kelihatan ramai orang lalu-lalang dan pelbagai kedai berhampiran mula menyalakan lampu-lampu perniagaan mereka.
Tepat jam 7 malam, ketika sedang berjalan pulang dari kelas Matematik yang baru sahaja menjadi permulaan kariernya, kawan-kawannya ‘muncul’ untuk memujuknya kembali. Dia cuba sedaya upaya untuk memulaukan mereka. Sehabis daya menepis ajakan mereka. Namun, kehadiran mereka terlalu kuat.
Sabarnya habis. Dia menjerit marah. Menghalau dan menyuruh mereka agar tidak mengganggunya lagi. ‘Kemunculan’ mereka nyata menjatuhkan semangat barunya.
    “Pergi! Jangan ganggu aku lagi! Aku bukan macam dulu lagi!”
Dia harus kuat. Dia tak boleh lagi bergantung pada mereka. Dia sudah punya kehidupan sendiri. Kehidupan realiti.
    Mereka enggan berganjak. Mereka masih di dalam dirinya. Kelihatan orang ramai mula mengerumuni dirinya. Sesetengah mereka menggelakkannya, manakala ada yang memandangnya pelik, seakan-akan dia gila. Ya, seakan-akan dia masih lagi gila.
    “Ma, kenapa pakcik tu cakap sorang-sorang?” Tanya seorang gadis kecil berbaju merah kepada ibunya sambil menarik lengan baju ibunya.
    “Biarkan dia, Ros. Mari pergi cepat.” Wanita itu segera menarik tangan anaknya pergi seakan-akan mahu lari jauh darinya, takut diganggu barangkali.
    Akhirnya dia mengalah. Dia terduduk di tengah jalan laluan itu, memeluk kedua kakinya sambil menutup telinga. Dia enggan mendengar kata-kata rayuan kawan-kawannya lagi. Enggan mendengar tawa cemuh orang ramai lagi. Dia bukan macam yang dulu.
Dia terjelepok, sendirian. Pilu. Sebak keseorangan.
    Pulang sahaja ke rumah, dia menangis di bahu isterinya. Katanya, dia mahu berhenti. Semua orang menggelakkannya. Mungkin dia harus kembali ke Hospital Pakar Sakit Mental. Dia tidak sanggup lagi melalui kejadian siang hari tadi. Mungkin itu bukan tempat baginya.
    “Abang, cuba sekali lagi, ya?” Isterinya lembut memujuk.
    Dia takut, namun akur. Setelah lama mata isterinya dipandang, akhirnya anggukan kepala yang lemah diajukan kepada isterinya itu.
Lalu keesokan harinya, sekali lagi dia jejakkan kaki ke lokasi bersejarah ini. Sekali lagi dia cuba untuk percaya pada dirinya yang nyata. Pada manusia.
(This story is inspired by A Beautiful Mind movie, 2001)

----------------------------------------------------------------------------

The worst thing we could do to a person is to ridicule and humiliate one’s best effort one has given. Bayangkan, dalam susah payah dia nak bagi yang terbaik, nak cuba yang terbaik, orang sekeliling dia mentertawakan dia.
‘Apa benda yang kau buat ni weh, macam lawak je.’ Kata mereka yang tak pernah cuba mengerti.
    And the least that we can do to everyone to make their lives and our life a bit brighter is to try to understand them. Apa salahnya instead of kita gelakkan dia atau pandang pelik kat dia, kita cuba untuk faham, yang semua orang ada struggle masing-masing. Dan sekecil-kecil struggle, tak layak untuk diremehkan. Walau macam mana kecil pun. Walau macam mana pelik pun.

The struggle to stay sane, by appearing insane.
The struggle to keep trying, even though your heart is screaming in agony.
The struggle to keep on fighting, when the world seems to be laughing at you.
The struggle to keep on living another day, even by stealing, murdering or selling their bodies.
    And do acknowledge, that even if they had to steal, sell their bodies or any action that we deemed to be disgusting or unlawful, just to keep on living or to keep their family not die from hunger, it may be our fault. Because maybe, we keep on judging and never lending a hand.


“It's not our job to play judge and jury, to determine who is worthy of our kindness and who is not. We just need to be kind, unconditionally and without ulterior motive, even - or rather, especially - when we'd prefer not to be.”
-Josh Radnor-

And yup, it is important to note that in Islam, things which are unlawful and those things which can bring us negative consequences (mudharat) must be carefully avoided. 


“Makan dan minumlah dari rezeki (yang diberikan) Allah dan janganlah kamu melakukan kejahatan di bumi dengan membuat kerosakan.”

(Surah al-Baqarah: Ayat 60)


Therefore, we must approach them with wisdom (hikmah) and educate them in the best way about the correct understanding that our sustenance and jalan keluar untuk permasalahan kita are always with Him.

“….Dan Engkau berikan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki tanpa perhitungan.”
(Surah Ali- Imran: Ayat 27)

“Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya…..”
(Surah At-Talaq: Ayat 2-3)

And yup, they need our positive vibes.

“Kindness is a wonderful way to let another struggling soul know that there’s still love in this world.”
(Anonymous)
So be kind, always.

Comments

Popular Posts