The Tale Of Me

Authored by: Dila Zamrie
Edited by: Anwar Mc Noo

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

“To do better is better than to be perfect.” 
― Toba Beta

Semua orang ada cerita mereka sendiri, kisah yang mereka simpan. Ini kisah seketul aku, aku hanya seorang pengelana yang mengikut arus masa. Aku ingin berkongsi kisah aku yang mungkin berguna untuk kalian or mungkin tak. Semoga bermanfaat, moga membantu, kerana tujuanku tanpa agenda apapun melainkan berkongsi ceritaku.

Aku bukanlah berasal dari keluarga yang senang. Tapi aku happy dengan family aku. Dari kecil aku tak bersekolah agama so memang aku agak fail bab-bab agama ni. Melepak, bergaul bebas, merokok, aku memang happy dengan hidup aku dulu. Rasa sangat enjoy. Tapi aku tak pernah puas, entah mengapa aku masih cari erti hidup yang aku rasa macam ada yang kurang. Aku mula bertudung sewaktu tingkatan 5 and aku cuba baiki hidup aku tapi ternyata aku tak kuat. Aku kembali liar malah lebih teruk dari sebelum ini. Cuma tudung aku masih setia. Sampailah satu hari tu, memang mengubah hidup aku. 

Kisahnya bermula bila aku terima tawaran dari sebuah ipt yang dikira ‘islamik’ gittew. Since keputusan SPM aku agak membanggakan jugak lah, aku dapat tawaran yang quite good. Aku agak ragu-ragu pada mulanya. Tapi takdir Allah, aku tunggu punya tunggu tapi tiada tawaran lain yang aku dapat. So, that is my only choice and aku fikir it is not that bad pun kan. Like, bukannya aku kena jadi ustazah bila aku belajar kat sana. One night, macam biasa aku lepak tapi malam tu suasananya agak lain sikit. Suddenly I felt like this is not right. 

“What am I doing here? At this hour?”

“Why do I look so pathetic?”

“Am I on the right boat?”

“Should I accept the offer? Then what?”

Banyak persoalan yang berlegar dalam minda aku. Aku cuba tak fikirkan sangat. Aku perhatikan budak-budak yang tengah berkumpul tepi dataran. Aku perhati keliling, anak-anak muda dah makin hanyut and yeah aku salah seorang dari mereka. Tiba-tiba aku terfikir parents aku. Memang mereka tak pernah cakap apa-apa tapi mesti mereka nak anak mereka berjaya. Kotak rokok dicapai sambil aku memerhati gelagat anak-anak kota yang sibuk dengan kereta2 mereka. Keesokannya, aku pergi ke tempat kerja agak awal. Masa aku sampai memang tak ada orang lagi kat level tu and mall nampak kosong. Aku perhati keadaaan sekeliling, yela bukan selalu dapat tengok mall sunyi sepi kan. Aku tengok balik tawaran tu, dan aku buat keputusan untuk terima. Aku minta izin untuk print university offer letter and resignation letter sekali. 

Hari yang ditunggu pun tiba. Dengan penuh rasa nervous aku ambil nombor giliran di depan dewan. Kami ambil file, baju and kunci bilik. Sampai di bilik, roommate aku dah masuk and letak barang dia kat katil. Aku pun unpacked semua barang-barang. Lepas sehari kami berkenalan, aku rasa roommate aku semua baik-baik. That night aku perhatikan mereka solat, baca Quran. Aku tiba-tiba rasa bersalah. Aku tak solat time tu, aku cakap aku uzur. Tapi tak pun sebenarnya. Aku malu kalau mereka dapat tahu aku merangkak lagi bab-bab solat semua tu.

Akhirnya, aku jujur dengan sorang roommate aku ni, dia budak sekolah agama. Bagi aku, dia sangat baik. Dia ubah perception aku tentang jurang budak sekolah agama dengan budak biasa. Dia ajar aku solat, mengaji walaupun aku memang ambil kelas mengaji sebab aku failed tilawah test. Aku mula biasakan diri dengan qiamulail, usrah, aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Sejak hari aku melangkah kat situ, aku dah tak lepak sangat. Ramai perasan perubahan aku and alhamdulillah ada kawan-kawan aku yang start berubah. 

Pada masa tu juga ujian datang bertimpa-timpa dengan nak final nya pergi balik hospital. Aku jadi stress dengan jadual yang tak tersusun. Tapi alhamdulillah aku jenis yang nak pandang semua benda positive and kawan-kawan ramai membantu. Aku dapat kekuatan aku untuk bangkit. Bulan Ramadhan kedua di sini, aku mula solat terawih sebab masa Ramadhan first kat sini aku tak tahu pun terawih tu apa! Hahaha. Tahun pertama berakhir dengan penuh kemanisan ujian. Tahun kedua aku di sini, banyak juga cabaran apatah lagi subject yang banyak, keadaaan kesihatan tak menentu dan aktiviti-aktiviti yang tidak tersusun. Alhamdulillah tahun kedua juga aku lalui dengan berjaya. 

Aku masih sangat rendah diri dengan mereka sebab latar belakang aku. Aku berazam nak berubah and buat family aku bangga. Aku jumpa ramai kawan boleh dikatakan aku anggap mereka keluarga. They are so supportive. Aku bersyukur mengenali mereka. Aku boleh happy and tak fikirkan sangat masalah aku bila mereka ada. We always laugh together, make fun of each other plus pickupline merata. Bila teringat je memori dengan mereka, senyuman takkan lekang dari bibir aku. 

Aku belajar banyak benda di sini. Leadership, friendship, family, love, teamwork and many more. Aku belajar untuk memahami tanpa mendengar, menyedari tanpa berkata, membantu tanpa dipinta. Semakin lama aku disini, sayang rasanya nak meninggalkan tempat ini. But yeah, new chapters are about to begin. Aku pada saat ini masih mencuba berubah, menguat hati dan jiwa demi menjadi a better muslimah. Semoga aku dan kalian istiqomah. 

Bagi aku, bukanlah permulaan dan penamat yang paling penting. Tapi perjalanan, kepayahan yang kita tempuh, ilmu dan pengajaran berharga yang kita dapat sepanjang tempoh itu. Semoga kita terus kuat untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. Aamiin.

Comments

Popular Posts