A Letter of Hope

Authored by: Syamimi
Edited by: Anwar Mc Noo

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL


"Menjadi perempuan tidak bererti menjadi golongan yang lemah dan sentiasa memerlukan pergantungan kepada seorang lelaki. Perempuan yang bermaruah harus pandai meletakkan batasan dalam pergaulan, tahu beza mana realiti mana fantasi."
- Nik Nur Madihah-

"Aku rasa dia macam suka aku laaa."

"Aku rasa aku dah start berharap kat dia."

"Kenapa kau rasa macam tu? "

"Entahlah, sebab cara dia layan aku. Cara dia wasap ngan aku."

Jika kita dah mula rasa sebegini, we better watch out girls. Cepat-cepat sibukkan diri dengan masyarakat atau sibukkan diri beribadah.

Sebab apa? Sebab kita harus ingat satu perkara yang dunia ini akan binasa. Dan jika dunia ini kau harapkan, maka sudah pasti harapanmu akan musnah. Kerana kau telah meletakkan harapanmu di atas perkara yang pastinya musnah.

Let's say, kita letak harapan pada seorang lelaki ni sebab dia layan kita baik. Banyak persamaan dan saling memahami. Atau sebab dia yang paling rapat dengan kita. Tapi dalam masa yang sama, kita tak pernah luah pun kita suka dia. Dan dia tak pernah cakap yang dia suka kita. So what? Antara kita dan dia hanya begitu.

Dan akhirnya bila lelaki tersebut bercerita dengan kita atau kita mendapat tahu bahawa dia ada seseorang yang dia berkenan. Kita pula rasa orang tersebut adalah kita. Setelah beberapa saat hati kita dah hancur sebab orangnya bukanlah kita. What's next?

Kita rasa segala kebaikan kita pada dia, perhatian kita pada dia, sifat memahami yang kita tonjolkan, dan sebagainya seolah-olah tiada langsung dipandang? What?! Lalu kita mula menyalahkan lelaki. Lelaki mudah memberi harapan. Lelaki sifatnya suka mempermainkan perasaan perempuan. Think back from the beginning. Adakah kita yang mencipta sakit atau lelaki yang memberi sakit?

Kerana itu, hati-hati dalam membina harapan pada yang tidak pasti. Andai sesuatu itu pasti pun, adakah benar dia lelaki yang akan Allah jodohkan dengan kita?

Fakta tentang lelaki yang kita harus tahu adalah komunikasi lelaki adalah bersifat direct dan jarang berlapik. Sebab tu, kalau tanya lelaki dia dah taken ke belum. Yang tak ada akan jawab tak ada. Dan yang ada akan jawab ada. Tapi kita perempuan ni bila lelaki cakap tak ada mula lah memasang angan dan impian. Hati-hati kerana kita mungkin telah membuka ruang dan peluang.

Maka, jika layanan dia terhadapmu adalah dengan mengambil berat tentangmu. Hari-hari chat sbb daily life dan sebagainya. Soal intipati chat dan ikhtilat, saya tak berhak untuk tegur. Itu antara awak dengan Allah. Dan saya pasti kita semua dah tahu tentangnya. Ini kerana dia mengaggap itu sekadar teman. Jika dia menganggap kita lebih dari seorang kawan, maka sudah pastinya si lelaki akan melamar atau sebagainya. Jika tidak, maka cukuplah kita sedar bahawa kita adalah sahabat atau kenalan rapat dia sahaja.

Bagi saya, bercinta, dicinta atau memberi cinta kepada manusia ni macam orang kene gigit nyamuk. Bila kena gigit, kita akan garu sampai hilang rasa gatal atau kita tidak akan berhenti menggaru sehingga berdarah. Kalau yang jenis letak krim terus takpelah. Bagi saya dia bijak! Hahaha.

Apa signifikannya? Haaa, bila kita garu kegatalan tu sama macam kita leka dengan melayan perasaan. Kalau perasaan tu berhenti, mujur. Kalau perasaan tu jadi terluka atau seangkatan dengannya? Waktu tu kita baru akan sedar yang luka tersebut akan jadi sebuah kudis. Dan kalau kudis dah kering pun, dia akan jadi sebuah parut.

Dan kita akan terus memandang parut dengan sebuah ingatan. Andai ingatan itu indah kita pasti akan senyum. Jika tidak? Samada kita akan terus dihurung dengan kesedihan yang berpanjangan atau menyimpan dendam yang tidak berkesudahan. Ini membuatkan kita selalu resah. Selalu gelisah. Dan paling bahaya, kita akan overthinking untuk semua perkara hingga membawa kepada suatu fasa yang menjadikan segalanya negatif.

Saat hati kita gelisah akan sesuatu perkara keduniaan ketahuilah bahawa hati kita sedang bermasalah dengan Tuhan kita. Sebab apa? Sebab orang yang hatinya ingat Allah dan hatinya diserahkan pada Allah akan selalu tenang. Dan pasti tidak akan menyalahkan takdir atau sesiapa sahaja yang datang dalam hidupnya.

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
[Surat Ar-Ra'd 28]

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram."

Kerana itu, hati-hati, harapan itu jangan pernah diberi atau dibina di atas sesuatu yang tidak pasti. Dan asbab itu jua sebaik-baik tempat sandaran adalah kepada Allah. Allah ini pemilik seluruh dunia dan seisinya. Mengapa serahkan kepunyaan Allah tanpa izinNya?

Buat seluruh manusia yang bergelar wanita, perempuan mahupun muslimah. Jadi wanita itu harusnya kuat. Kuat hatinya, kuat fizikalnya dan kuat emosinya. Kita ini pembina generasi dan pencetus revolusi. Kita ini induk pembangunan manusia. Jika induknya lemah hanya kerana sebuah harapan, maka apa lagi yang tinggal buat generasi masa depan?

Percayalah, jika sesuatu itu adalah yang sudah tertulis dan terbaik bagimu, walau berjuta kali harapanmu dimusnahkan, Allah tetap akan melakukan segalanya. Dan walau kamu punyai kepastian seutuh gunung di atas sesuatu tetapi jika Allah kata tidak, maka tidak lah akan berlaku. Kerana itu, percaya kepada Allah itu adalah satu solusi yang pasti. Jika kau percaya, maka tiada satu pun hal dunia yang akan membuatmu kecewa apatah lagi untuk air matamu jatuh.

Simpanlah air matamu untuk menangis berjuang melahirkan generasi baru. Jagalah hatimu untuk Si Dia yang Allah akan hadiahkan padamu menurut keadaan yang terbaik pada dirimu.

Ketahuilah bahawa Allah, dari kita diciptakan telah memberi kita harapan berupa nikmat yang kekal iaitu syurga. Tapi adakah kita ambil peduli tentang harapan itu?

أَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ جَنَّاتُ الْمَأْوَىٰ نُزُلًا بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
[Surat As-Sajdah 19]

"Orang-orang yang beriman dan beramal saleh akan memperoleh surga-surga yang di dalamnya terdapat tempat tinggal mereka, sebagai penghormatan bagi mereka atas apa yang mereka lakukan."

Orang mukmin ini fikir jauh. Maka sebelum bina harapan atau beri harapan, lihatlah dulu atas apakah harapan itu dibina dan diberi. Adakah ia kukuh? Adakah ia kekal? Adakah ia berkuasa?

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
[Surat Al-Hadid 20]

"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah dia antara kamu (dengan kelebihan,kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi,bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya"

Umpamanya begini, orang yang ditampar pasti akan rasa sakitnya sebuah tamparan. Maka orang yang membina harapan dan memberi harapan sudah pasti merasa peritnya sebuah harapan yang tidak dibalas. Jangan cari sebuah kesakitan apatah lagi memberi hati untuk dilukakan.

Dan percayalah setiap kelukaan kita, keperihan kita dan apa jua kekecewaan kita, sudah ada hikmah yang sedia menanti.

Hikmah apa kecewa harapan dipersiakan?

Hikmah apa harapan dimusnahkan?

Tatkala kita memberi harapan dan membina harapan, kita ingin orang menyambut harapan itu. Kita mahu dia bersama kita melayari sebuah harapan itu. Sebenarnya, di situlah Allah ingin memberi kita sebuah lagi hadiah daripadanya iaitu keindahan sebuah keikhlasan.

Jika kita ikhlas, maka bukan lah balasan manusia yang kita harapkan tapi redha Allah. Anggaplah fasa ini adalah fasa untuk kita belajar bercinta dengan Allah. Macam mak ayah paksa kita kahwin dengan pilihan mereka tetapi hati kita pada orang lain. Dalam masa yang sama kita tahu lelaki yang kita kahwini lebih berhak ke atas hati kita dari lelaki yang kita cintai.

Nah, Allah lebih berhak ke atas kita. Maka kembalilah yang lebih berhak walau dunia ini lebih kau cintai. Fasa ini adalah masa untuk kita semua, perempuan sedar untuk meletakkan dunia itu dalam genggaman bukan hati.

Dan pada akhirnya kau menemui tiada apa yang lebih indah dari nikmatmu bersama TuhanMu. Tiada apa yang kekal melainkan cinta pada TuhanMu. Tiada apa yang kau punya, melainkan segalanya Allah punya.

Moga tulisan ini mampu membuka hati-hati semua yang membacanya. Niatku satu untuk melihat seluruh perempuan islam di Malaysia ini punyai cinta yang lebih besar dan kekal, punyai matlamat yang lebih jelas dan kukuh dan punyai hati yang lebih berani dan kuat.

Ingat, jadi wanita itu harusnya kuat.


Salam sayang, Syamimi.

Comments

Popular Posts