Believe What You Don't Part 1

Authored by: Zafran
Edited by: Anwar Mc Noo

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL


"Believe what you don’t (know) and that is faith."

Iman (Faith) datangnya dari apa yang seseorang itu percaya dan apa yang tidak terlihat mata, tidak dirasa perasaan. Adalah satu kepercayaan yang tidak dilihat mahupun dipaparkan mata kasar. Ya, sungguh iman itu ada naik turun dan hati itu bisa berbolak balik.

Hati boleh sahaja memutarkan benar kepada tidak, baik kepada sebaliknya. Namun, jika ia disatukan bersama iman(faith), nescaya kepercayaan yang tidak diketahui pasti terjawab. Tuhan memberikan dan menciptakan sesuatu itu dengan kadar sebab yang diperlukan manusia, bahkan kematian juga mempunyai sebab di sebaliknya, benar mati itu pasti, malahan jodoh juga dijanjikan Dia.

Lalu perkara ini tidak dapat dilihat, juga tidak dapat dirasai waktu hadirnya dan perginya. Sesetengah merasakan ia tidak datang kepadanya, yang tua hidupnya berpuluhan tahun, namun masih tidak dijemput Dia, yang muda merasa usianya panjang, jodoh dan ajal masih jauh dirasai baginya namun mungkin sebenarnya hampir. Terus, kepercayaan dalam dirinya pudar. Nah, inilah yang pentingnya iman(faith) di dalam diri seseorang dan mengapa ia tidak harus dipisah daripada hati.

Iman hadir dalam bentuk yang kamu sendiri tidak sedari. Ia menjadi tunjang kepada diri seseorang untuk memilih sama ada menjadi dirinya baik mahupun sebaliknya dengan menapis setiap satu keputusan yang dipilih dan disertakan ke dalam dirinya.

Ya, manusia itu lahirnya suci, kosong, barangkali umpamanya tidak jauh bentuk dan rupanya dengan kain putih. Terus, yang kosong dan warna kain putih itu di isi dan terus di isi dari masa ke semasa. Pilihan dan keputusan juga di buat oleh mereka. Lalu pilihan manusia itu tidak lari dari kesilapan yang dia tidak sedari, kepercayaan yang dia tidak ketahui. Di sini peranan iman (faith) itu diperlukan manusia. Ibaratnya tapisan kitaran yang diperlukan untuk menjernihkan dan membersihkan air supaya ia selamat diminum atau digunakan harian.

Justeru itu,  apakah manusia ini tidak jauh dari memutuskan dan melakukan kesalahan ke atas diri mereka? Dan apa akan terjadi jika manusia itu tidak meletakkan iman (faith) ke dalam diri mereka? Apakah ini akan menyebabkan kerosakan berlaku keatas manusia itu atau ia berterusan sehingga manusia menerapkan iman (faith) ke atas diri mereka?

Namun jangan dilupakan bahawa manusia juga penting untuk memikirkan dan mempercayai sesuatu perkara yang disangka mereka baik. Lalu tapisan itu seharusnya dijaga serta dipelihara supaya keputusan dan pilihan yang dibuat manusia itu baik buat dirinya dan baik juga buat sekelilingnya. Ya, itulah “believe what you don’t (know) and that is faith.

Selagi mana ia selari dengan Al Quran dan Al Hadis.

Benak fikiran aku terhenti seketika dari apa yang aku fikirkan sebentar tadi.

_____________________________________________


Malam menghampiri kegelitaan,
Jam berdetik 12.35pm,

Dingin menjadi siulan malam hari,
Setiap hembusan dingin itu diturutkan memori senja (lama).

Ya, di malam itu, sunyi tidaklah dapat dikatakan biasa. Kerna ia dicampuri suntikan nostalgia lama. Tersedar dari maya, hari yang bergelar 1 syawal itu tidaklah dapat aku lupakan suasananya. Daku berharap, usia ini menyebelahi diriku dan tidak memendekkan masanya. Ingin sekali melihat riuh rendah dari suasana raya digaul bersama hubungan rapat sanak saudara dari yang dekat hingga kepada yang berjarak. Tidak dilupakan usia yang muda dan tua, dari yang berkedut dahi hinggalah yang licin dahinya.

Malam itu juga aku merenung ke siling. Kalendar menunjukkan tarikh 13 hari bulan jun. Tidak jauh tarikhnya untuk menyambut raya. Tidak jauh juga masa untuk aku pulang ke desa, tempat asal aku, tempat aku membesar dari kecil hinggalah bergelar dewasa. Lalu wajah lama dikenang semula, Seorang lelaki, beruban kepala, berkedut dahi, badanya besar, perutnya maju kehadapan, hidungnya mancung dan tingginya 5 kaki 10 inci bersama tegas bila berjalan. Aku kerap menggelar dia “Ayah” dan kadang kala aku menggelar dia “hero-ku”.

Aku teringat akan kata- katanya, “Anak, raya ini bukan bererti kamu bertemu saudara kamu sahaja, tidak juga bermakna ia semata mata meraikan hari raya”, aku terpinga mendengar kata- kata ayahku. Ayah meneruskan isinya “ia adalah hari dimana kita menyambut pemergian Ramadhan, menyambut kejayaan seseorang itu berpuasa selama sebulan, ia adalah hari dimana sanak saudara dan sahabat kamu berkumpul untuk satu tujuan, Silaturrahim”.

Hero aku tua, beruban, dan telah lama pergi meninggalkan dunia sewaktu aku kecil. Tidak banyak dapat aku pelajari dari dia. Tidak juga sedikit aku mendengar hujah nasihatnya. Ya, antara kata- katanya adalah sebelum raya menjelang tiba. Tidaklah aku fahami, kondisi diri aku sewaktu itu terjadi adalah pada ketika aku kanak- kanak yang hingusnya masih jatuh disertakan lendir. Dan kata- kata itu menjadi nota yang ku ingat dan amati sehinggalah kini. Ya, sebelum ini agak sukar untuk ku fahami, namun usia aku semakin lama semakin menambah nombornya, bak kata orang-orang bijaksana, “age comes with wisdom”.

Nyata, raya itu bukan hanya berjumpa keluarga, ia adalah pertemuan ukhwah dan penyatuan silaturrahim keluarga, sanak saudara serta sahabat. “Hahha” aku ketawa sedikit, aku tersenyum sejenak sambil memandang kearah siling kosong dalam keadaan berbaring diatas katil.

Kepala hati ku terus berbicara “fuh, harap sangat kali ini, raya boleh jadi lebih baik, hubungan aku dengan keluarga boleh jadi lebih awesome dari sebelumnya”. Aku melanjutkan perbicaraan “tapi boleh ke raya kali ni tak jadi kekok dengan family lain, ye lah aku ni bukan rapat sangat dengan geng muda, yang tua ada la layan jugak, yang tak berapa muda asyik ajak main lari- lari je. Humm, boleh seronok ke?”

Sedang asyik terfikir, Telefon aku berdering. Aku melihat ke skrin dan ternyata ia dari Ibu………


Will be continued.


P/s: Please support me and give your feedback about this article to me via email zafraniisq12@gmail.com
Your cooperation is my concern.

Comments

Popular Posts