Pure Digester

Authored by: Tyto Alba
Edited by: Anwar Mc Noo

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL


"Children are like wet cement whatever falls on them makes an impression."

  — Haim Ginott,

Anak-anak.

Sungguh, anak-anak ini bagaikan kain putih yang sedia untuk diwarnakan. Sebelum ini aku belum faham benar analogi itu. Tapi setelah 6 hari 5 malam di kem ini, aku mulai faham.

Mereka cukup dahagakan kasih sayang dan perhatian. Mereka amat mudah dibentuk dan dipengaruhi.

 Tinggal kita sahaja, sama ada  mahu menunjukkan mereka ke jalan yang benar ataupun salah.

_________________________________________________________


Sewaktu sesi hafazan pertama. Aku memanggil seorang demi seorang di dalam bulatan tersebut untuk menasmik hafazan mereka. Dengan kata lain, aku mahu memeriksa hafazan mereka.

“Adleena, meh sini.” Tanganku menunjuk isyarat kemari. Dia bergerak ke hadapanku tanpa mengangkat punggung.

“Okay, dah hafal sampai mana?”

“Sampai Al-Ikhlas.”

“Bacalah.”

“Qul huwallah..”

“Bismillah…”. Aku mengingatkan. 

Dia tersengih.

“Bismillahirrahmanirrahim. Qul huwallahu ahad. Allahussomad. Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.”

“Okay.. Hmm awak tahu qalqalah tu apa tak?”

“Tak.”

“Qalqalah tu macam bunyi penekanan. Contoh kat sini huruf dal dekat hujung ayat ni. Dia kena baca dengan penekanan. Dengan qalqalah. So, dia kene baca ‘qul huwallahu ahadd’.” Aku membaca sambil menekankan dal di hujung ayat.

“Okay, cuba baca lagi sekali dengan qalqalah.”

“Lagi sekali ke ustazah?” Mukanya cuba meraih simpati.

“Iyee.” Aku membalas.

“Ustazah do that to help you be a better person lahh.” Sampuk Arissa yang sejak tadi tekun mendengarkan sesi tasmik kami rupanya.

“Yelah yelah. Qul huwallahu ahad.”

“Bismillah….” Suaraku tegas.

“Hehe. Bismillahirrahmanirrahim. Qul huwallahu ahad…..”

_________________________________________________________


Ketika itu, baru sahaja selesai sesi pembelajaran cara solat secara teori beramai-ramai. Kini, mereka dikehendaki untuk duduk dalam kumpulan dan sesi ujian akan dijalankan olah fasi kumpulan masing-masing.

“Okay, tadi dah belajar, kan? Sekarang ustazah nak check pulak. Awak nak ustazah check sorang-sorang ke ramai-ramai?”

Harapan hatiku agar mereka ingin melakukannya beramai-ramai. Cepatlah sikit sesi ini selesai. Namun, hanya sebahagian kecil dari mereka yang bersuara inginkan sesi ujian beramai-ramai.

“Kalau sorang-sorang barulah teliti.” Kata Faris, salah seorang kanak-kanak yang turut menyertai program itu.

Aku terdiam di situ. Allahu. Aku hanya fikirkan ingin sesi ini selesai segera sedangkan mereka begitu bersungguh-sungguh ingin memperbaiki solat mereka. Allahu.

“Okay okay, siapa yang nak ramai-ramai angkat tangan.” Sebahagian kecil mengangkat tangan.
“Siapa yang nak sorang-sorang?” Sebahagian lain pula mengangkat tangan dengan wajah yang serius.

Akhirnya, mereka terpaksa diuji beramai-ramai juga kerana ujian individual agak kurang efisien dan memakan masa yang terlalu lama. Namun, kesungguhan mereka ingin memperbetulkan solat mereka sungguh-sungguh hebat.

Satu lagi kejadian menghiburkan hati ketika sesi ujian rukuk.

“Allahu akbar.” Barisan lelaki rukuk beramai-ramai.

“Hmm. Okay bangun-bangun. Awak rukuk tu tak flat tau, still macam ada hunch tu. Cuba rukuk biar badan flat.” Aku berkata-kata sambil rukuk di hadapan mereka menghadap sisi. “Macam ni ha.” Aku menyentuh badan belakangku, cuba untuk menunjukkan postur rukuk yang betul.

“Cuba rukuk lagi sekali. Kasi badan tu lurus.” Mereka rukuk dengan postur yang lebih lurus. Aku senyum senang.

“Good good. Better dari tadi.” Aku berjalan-jalan di keliling mereka bersama rotan di tangan sambil memerhatikan postur rukuk. Lagak seperti seorang guru besar. Aku gelak sendiri di dalam hati.
“Aduh aduh!” Imran menjerit kecil kesakitan. Aku cemas.

“Kenapa kenapa?”

“Bahu cramped, ustazah.”

Serta merta aku tergelak geli hati. “Sebab first time buat rukuk betul-betul eh? Takpe takpe, tahan sikit, kita belajar sama-sama.” Imran tunduk semula ke postur rukuk sebentar tadi.

Aku pula masih menahan geli hati. Sungguh, dia sanggup menahan sakit itu demi memperbaiki solatnya.

Terima kasih anak-anak kerana mengajar aku sesuatu yang tak ternilai hari ini.

Comments

Popular Posts