Self

Authored By: Syamimi 
Edited by: Anwar Mc Noo

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL



“Jangan biarkan negatif manusia hilangkan positif kita.”
-Dr. Mohd. Nor Mamat -

Perasaan sering ingin menyendiri. Biar aku dan Tuhan sahaja tahu. Manusia tidak pernah memahami dan aku juga bisa hidup tanpa manusia. Ego!

Hakikatnya, hati terus merintih mengharapkan ada yang datang mengusap tangis, memeluk tubuh, nasihat kalam indah atau memberi hadiah berdozen. 

Semua itu dongeng belaka!

Mungkin ada tetapi jika benar-benar manusia itu mengenalmu dan memahamimu.

Mana ada!

Manusia itu punyai hati yang sifatnya berbolak balik. Maka, tindakannya dan pemahamannya jua turut berubah. 

Pernah aku rasai, 

"Aku ini tak berguna."

"Bukan ada yang kisah tentang aku."

"Aku bukan baik pon jauh sekali hebat seperti mereka."

Jatuh aku terduduk, sujud aku merintih, doa aku merayu agar kesakitan ini langsung sembuh.
Aku cuba bertahan emosi dan bertindak seperti air pada zahir namun itu bukan aku yang sebenar. 
Terus menadah tangan bertanya, 

Ya Allah, di manakah pertolonganmu?”

Dan hati saat itu ingin meluah pada insan yang tidak mengenali orang di sekitarku. Hati aku agak berat kerana bercerita dengan orang yang baru beberapa hari kenal kerana tugas dan beberapa bulan bersahabat dalam dunia penulisan kehidupan.
Kemudian, mama call dan saat suara itu menjengah pendengaranku terus air mata ini mengalir tanpa suara. 

"Mama! Akak nak peluk mama. Akak sedih mama. Akak tak kuat. Akak nak balik!"

Namun luahan itu hanya bergema dalam sanubari dan terhenti. Kerana satu perkhabaran.

"Akak, doakan mama and papa ye. We all demam. Maybe sebab kena hujan."

Allahu. 

Saat ini selalunya luahan itu diperkatakan dan tangisan ini diredakan dengan pelukan dari papa. Tapi sekarang? 

“Allah, guide me.”

Aku terus meluahkan segalanya dan alhamdulillaah jawapan yang neutral itu mengubati sedikit perit di hati sakit di jiwa. 

Dan, aku terus dan masih mengubati hati ini hingga malam ini Allah terus memujuk diri agar terus percaya pada diri dan terus bangun dari kesedihan ini.

Kejutan menyapaku dari insan-insan istimewa ini. Malam itu ternyata menjadi malam istimewa bagiku.

“Sejuk mata tengok awak, seindah nama. Baik orangnya, sangat keibuan, rugi orang yang tak kenal awak betul betul. so loving. suka belanja orang, tak pernah fail untuk bahagiakan orang walaupun awak tengah sakit hati time tu. kuat bebel tapi comel haha bab Quran takyah risau sebab cenggini ha 👍🏻 love you..”Emoji hati. (Farihah Husna)

“Ok meh describe. Nie kalau tyrah tngok , comell , dan ada satu angle yang bila kita pandang tu kan mmg nmpak comell dan kiutt lagi lagi bila senyum. Siyess tyrah paling suka tengok senyuman, that’s something special. Senyuman menawan nie tak semua orang ada tau. Tapi mungkin sebab tegas jugak, jadii kadang-kadang tenggelam kecomelan tu, hahaha. Seorang yang tegas, boleh bagi komitmen, berani kalau nak luahkan apa yang rasa perlu untuk diluahkan. Mungkin orang yang tak kenal akan judge macam-macam tapi org yang kenal rapat akan tahu side yang positif. Ok done. Ikhlas dari hati. (Athirah)

“What I feel eh, I don’t know what to say but I can say is that I like the way you treat new people and how you easily get used with people around you. I also admire all of the things you did to dq (Darul Quran) either CRT, Yadim or any programs in Darul Quran because I can't imagine myself being in your place. Not because I can't do it, but because I don't have that willingness. Other than that, I admire that you handle all the critics, anything that people said to u, this show how strong and independent you are. And that’s all I can say, there are plenty more I would like to say too but let others be a secret for now.” (Anwar)

“Fazril rasa, seorang yang outgoing, baik dan tak judgemental. Walaupun Fazril bukanlah dari latar belakang budak yang study skop bidang agama, tapi still tak rasa ada jurang. So, pokoknya, itu membuktikan adalah seorang yang awesome. Keep it up! Fazril senang dapat bersahabat. Muka senyum.” (Fazril)

SubhanaAllah.


أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ ۖ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ

[Surat Al-Baqarah 214]

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

“We will never be tested beyond our capability” 
(Fazril)

Thank you Allah.

Thank you so much to the person that I told and poured out my feeling, your good vibes are just the beginning process. Maybe, it comes from the blessings of your prayers to me. May Allah bless and always love you. 

Selepas ini, tidak lagi aku menangis di kala hujan membasahi kerana aku tahu ada pelangi yang menunggu. 

Syukur, sabar dan ikhlas.

Comments

Popular Posts