The Inspiring UPNM
Authored by: Anwar Mc Noo
IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
"The world is a world-class class. Use it wise."
(Contengan Jalanan by Hlovate)
8 June 2017
Pagi ini, saya dan abah bergerak ke UPNM untuk sesi
inspirational talk “The Leadership Qualities of Rasulullah” oleh abah di UPNM
(Baca: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia). Seawal 6 lebih pagi, kami
bertolak dari rumah. Setelah beberapa kali hampir tersesat, kami sampai pun di
dewan tersebut. Fuh, alhamdulillah.
Sementara menunggu abah berjumpa dengan pihak penganjur dan
Pemegang Kursi Kepimpinan UPNM ketika itu, Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahim, saya
sempat menyelak beberapa halaman buku The Art of War oleh Tsun Zu yang saya
bawa dan bacaan saya sampai ke kata-kata ini;
"General yang
mahir adalah dia yang dapat menewaskan musuhnya tanpa sebarang pengorbanan
perlu dilakukan."
Hmm, menarik! Ternyata ilmu itu sentiasa penting dalam apa
jua keadaan, walaupun ketika menghadapi musuh! Mukasurat segera ditanda apabila abah mula
bergerak dan mengajak saya untuk mengikutinya ke dewan. Here we go! :)
Di dalam dewan UPNM tersebut, saya memilih untuk duduk di
seat tengah-tengah dewan untuk bercampur dengan pelajar-pelajarnya. Saya sempat
berkenalan dengan Hakimi, pelajar tahun dua dan rakannya yang duduk di seat
sebelah. Friendly orangnya. Rasanya macam orang utara. Kemudian, baru saya
perasan, satu perkara yang mengejutkan telah pun berlaku. Dalam dewan ini, full
house dengan pelajar lelaki dan perempuan. Satu suasana yang jarang-jarang
dilihat! Terutamanya apabila seat bahagian lelaki penuh dan ada beberapa
pelajar lelaki kena duduk di bahagian seat pelajar perempuan. Memang jarang
dilihat. Dan mereka juga kemas berkemeja semua. Saya memang salute dengan
pelajar-pelajar dan warga staf mereka! Mama sempat whatsapp dalam group famili,
"Nanti abang tengok cara depa duduk, sure straight badan depa." Yup,
tiada satu pun yang terlena.
Betul kata mama. Kagum.
Sepanjang sesi perkongsian abah bermula, tiada seorang pun yang
saya dapat lihat mengeluarkan phone dan bermain-main dengan phone. Sedangkan saya
dengan semangatnya membuka email, whatsapp dan membalas satu persatu email dan
mesej yang ada. "Okay, simpan handphone Anwar, kau sorang je main phone
ni." Email ditutup, draft disimpan dan tangan pantas mencatat nota. Satu
lagi yang saya salute mengenai pelajar adalah mereka tidak banyak bersembang,
fokus mereka sentiasa ke hadapan! Segan saya nak sembang dengan diorang. Hehe.
Staf nya juga hebat-hebat! Kerana di akhir program sewaktu
sesi q&a (Baca: Sesi soal jawab), seorang staf wanita di barisan belakang
bangun untuk bertanyakan soalan. Lalu, kami menoleh ke belakang untuk melihat
siapa yang bertanya (macam biasa bila orang tanya soalan, kan? Ehehe) dan saya
melihat rupanya di belakang kami juga ada barisan-barisan staf. Kemudian,
bangun seorang pakcik untuk bertanya soalan kedua pula. Berdasarkan uniform
beliau, saya rasa pakcik ni memegang jawatan tinggi. Saya kagum dengan mereka,
jarang-jarang kita dapat lihat staf memilih untuk duduk di belakang bersama pelajar,
hebat mereka ni, humble sahaja.
Pakcik (baca: tuan) itu juga sempat berkongsi pengalaman
beliau mengenai kepimpinan dalam hubungan kekeluargaan dengan anak-anak beliau.
Kata beliau, beliau tidak mahu suasana yang berlaku semasa beliau kecil (pergaduhan
ibu bapa) yang mengakibatkan beliau sentiasa berasa insecure untuk turut berlaku
terhadap anak-anak beliau. Kata beliau lagi, suasana dalam famili akan memberi
efek yang major kepada confidence level dan hubungan anak-anak dengan orang
lain. Sekiranya baik, maka anak-anak akan mudah mendapat confidence level yang
tinggi dan akan mempunyai skill komunikasi yang baik dengan orang sekeliling.
Betul tu pakcik, setuju! Saya mengangguk-angguk kepala saya dengan hadirin yang
lain :)
Beliau turut share yang beliau berhenti merokok adalah hasil
dari nasihat anak beliau yang baru 10 tahun. Beliau juga turut kongsi cara
beliau handle suasana dan komunikasi beliau dengan isteri beliau di hadapan
anak-anak. Kagum lagi dalam senyap. Hehe. Sebaik sahaja beliau duduk, satu
dewan memberi tepukan gemuruh terhadap beliau.
Selesai sahaja talk abah di UPNM, kami terus ke shah alam
untuk satu lagi talk abah di sana. Dalam perjalanan, saya buka balik draft
email tadi, finalizekan dan menghantar email tersebut kepada seorang sahabat
mengenai penulisannya. Selesai pun. Hehe.
"Jika kita
tahu betapa sakitnya jatuh ke dalam gaung yang berduri. Jangan lah kita terfikir
untuk menolak orang lain jatuh juga."
Sempat abah berpesan sewaktu kami dalam perjalanan ke Shah
Alam.
Yup, betul tu! :)
Selesai talk abah di Shah Alam, kami bergerak pulang ke
rumah, singgah di Tesco sebentar untuk ambil barang.
Dalam perjalanan ke rumah, abah sempat lagi berpesan
mengingatkan,
"Bahaya bila
kita berkawan dengan orang jahat dan dengki. Bila kita buat baik, dia dengki.
Bila kita tersilap, dia akan buat jahat dekat kita. Hati-hati dengan
mereka."
Yup, betul tu abah!
Hati-hati dalam memilih kawan-kawan. Hati-hati ketika
memilih teman seperjuangan.
Target kita, bukan terhad di fantasi dunia je, tetapi untuk
sama-sama berakhir di destinasi realiti SyurgaNya juga kan? :)
Ibarat Rasulullah dan Saidina Abu Bakar r.a., kita nak
bersahabat biar sampai ke syurga sama-sama ;)
Terima kasih abah mama ^_^
Hari yang penuh dengan inspirasi :)
Nice sharing
ReplyDeleteValuable one...thanks for sharing...
ReplyDeletejavascript training in chennai
javascript course fees in chennai
javascript class
javascript training in T nagar
javascript training in Guindy
javascript training in chennai
core java training in chennai
Photoshop Classes in Chennai
Manual Testing Training in Chennai
Drupal Training in Chennai
valuable one ...waiting for next update...
ReplyDeleteMobile Testing Training in Chennai
Mobile Application Testing Training in Chennai
Mobile Appium Training in chennai
Mobile Testing Training in Anna Nagar
Mobile Testing Training in T Nagar
Manual Testing Training in Chennai
LoadRunner Training in Chennai
Photoshop Classes in Chennai
Spring Training in Chennai
QTP Training in Chennai
ReplyDeleteGreat Blog!!! Was an interesting blog with a clear concept. And will surely help many to update them.thanks for sharing.
C and C++ Training Institute in chennai | C and C++ Training Institute in anna nagar | C and C++ Training Institute in omr | C and C++ Training Institute in porur | C and C++ Training Institute in tambaram | C and C++ Training Institute in velachery