A Key of Patience


Authored by: Akmal Kazim
Edited by: Anwar Mc Noo

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

If a caterpillar lost its patience and gave up with Allah's plan, perhaps it wouldn't transform into a beautiful butterfly right?


The cycle of 'up and down' in what we call… Life. Yeah, a chance, for us to prove that we are the best, for Him.
And yup, pusingan roda itu kadang berada di atas dan kadang di bawah, namun yg pasti, itu adalah wajib dan satu keperluan utk terus bergerak...ke depan atau ke belakang, itu bergantung kepada pengayuhnya.

Sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan milik Allah SWT. Semoga perkogsian ini bermanfaat untuk kita.

Sahabat,
Pernah tak kita rasa diri kita down, like having emotional collapse? Pernah tak kita rasa kita tiada sesiapa untuk di-bergantungharap? Pernah tak kita rasa diri kita ni keseorangan? Pernah tak kita rasa kita ni sangat lemah, like there's no use of doing anything and couldn’t do anything right? Rasa ujian yang menimpa tak tertanggung, berat terbeban umpama a gigantic rock is placed on our back? Rasa diri tak mampu, lemah, futur, kecewa, sedih, marah dan sebagainya?

One word for us. Sabar. 
Be patience dear Ikhwah!

"Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity."
(Al-Baqarah : 286)

Sekalipun kita diberikan cubaan yang teramat berat kita rasakan, cuba jangan putus pengharapan kita kepada Allah. Memang kita tidak boleh lari daripada perasaan sedih, kecewa, futur, amarah dan sebagainya, namun janji Allah:

"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang." (Al-Ra'd : 28)

Yup, kita seharusnya yakin dengan janji Allah. Tough times for tough people, right? Kawan, mungkin hidup tak sentiasa indah. Tetapi sekiranya dilihat dengan teliti, sentiasa ada perkara yang indah berlaku. Jadilah manusia yang bersyukur saat dilimpahi nikmat, merendah diri saat diberikan darjat, pemurah saat diberikan rezeki, dan sabar ketika dihimpit dugaan.
Kawan, tiada yang lebih indah daripada diberikan kesabaran di saat dilanda kesusahan. Kagum  dengan sahabat-sahabat yang berjaya membuktikan bahawa, kunci kepada kebanyakan permasalahan adalah kesabaran, lebih daripada sekadar perkataan, malah mereka juga menjadi contoh ikutan! Namun,  terkilan dan hairan juga apabila berdepan dengan mereka yang sepertinya lupa bahawa Al Khaliq Maha Berkuasa terhadap sesuatu kejadian. Mungkin pengajaran untuk diri ini agar tidak menyalahkan diri,  memaki hamun, mencaci dan berbicara seperti lupa  kita ini hidup "ber-Tuhan". 
Terlalu mencela diri dan orang lain apabila menghadapi sesuatu masalah serta mengalami depression yang berlebihan. Ujarnya, ujian yang diberikan terlalu sukar untuk dilepasi dan kadangkala menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap aturan Ar Razzaq. Kemungkinan, ada hikmah yang terlepas pandang, ada hubungan yang agak renggang.

Sahabat, apabila ditimpa musibah:

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” 
(Al Baqarah:45)

Janganlah cepat melatah, dengan berkata “easier said than done” kerana saya sendiri bercakap berdasarkan pengalaman. Serious talk, saya sendiri pun pernah mengalami emotional collapse, bahkan ramai juga yang sedang berusaha sedaya upaya untuk mengatasi permasalahan tersebut. Mungkin agak sukar pada mulanya, namun jika terus mengeluh dan berputus asa, tidak akan menjadikannya lebih mudah kan?  Mereka memilih untuk bersabar. Mereka memilih untuk mencuba dan terus mencuba. Mereka sedar masalah itu fitrahnya sementara. Mereka juga sedar potensi kita sebagai khalifah bukan satu perkara yang sia-sia, kan?

Tingkatkan pengharapan kita terhadap Allah, semoga kita berjaya melepasi dugaan yang diberikan, agar kita tidak terus tersungkur dan memilih untuk kufur. Saya tahu, kadangkala situasi itu yang tidak membantu kita untuk terus dekat dengan Ar Rahman. Namun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk terus hanyut. Umpamanya kita hanyut di sungai kerana leka, pastinya kita akan cuba mengayuh untuk ke tepi kan?
Begitulah dalam kehidupan, jika leka sesaat dan terus khayal, diri akan hanyut dibawa arus “jahal”. Kita mesti sentiasa mencuba untuk berada di garisan yang betul.
Alasan mungkin boleh diberi, namun usaha boleh menjadi bukti! 

Kawan, akhir kata, diri ini milik Allah. Bersabarlah apabila ditimpa musibah, kerana di sebalik kesusahan itu ada kesenangan,

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…” 
(At Taubah:111)

Seandainya merasakan diri kita lemah dan ingin berputus asa, ingatlah:

"... janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa (kecuali syirik) semuanya. Dia-lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang."
 (Al Zumar: 53)

Yup, He is always there.
Semoga kita sentiasa terpelihara dan sentiasa berada di bawah lindungan ArRahim. 

Nasihat, terutamanya buat diri dan para sahabat.

"Genius is eternal patience"


-Michelangelo-



Popular Posts