Impossible?

Authored by: Anwar Mc Noo

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

“Tiada impian yang tidak dapat dicapai, kecuali untuk orang yang berputus asa dari awal”
- Rise of The Legend Movie

Hujung minggu ketiga dalam bulan ini. Selesai 3 hari program untuk sebuah sekolah menengah di sini. Majlis penutup baru selesai dan peserta-peserta telah beransur pulang. Lagi 30 minit, kami para fasilitator dan urusetia akan ada sesi postmortem untuk berbincang mengenai penambahbaikan program ini. Ini penting kerana kami akan ada program yang sama alam masa dua bulan lagi Cuma lokasi sahaja berbeza. Aku mengambil keputusan untuk berehat di bawah pondok kecil bertemankan buku yang dihadiahkan oleh sahabatku di universiti sementara menunggu sesi postmortem bermula kejap lagi di dewan utama.

Kemudian salah seorang peserta program, Aqil menyapaku dari belakang.
“Hai, Abang An!” Ramah dan ceria betul budak ni.

Halaman bukuku yang dibaca tadi terus ditanda dan mataku terus beralih kepadanya.

“Hai, Aqil! Parents belum sampai lagi ke?” Aku mengajaknya duduk bertentangan denganku memandangkan meja di situ berbentuk bulat dan di sebelahku ada beberapa beg lagi. Mungkin beg-beg tu milik pelajar yang masih belum balik tapi diorang lepak kat tempat lain sementara tunggu parents datang. Maybe.

“Belummm, tapi dah on the way dari rumah hehe.” Jawabnya tersenyum.

            Aqil ini merupakan pelajar tingkatan 5 di sini. Ketua Pengawas. Tapi, tak nampak tegas pun. Sana sini asyik senyum je, humble pulak tu. Mungkin wataknya yang tenang, menyebabkan orang memilihnya untuk memimpin mereka di sini.

“Abang, kalau saya nak tanya satu soalan boleh? Segan nak tanya dalam forum semalam, hehe.” Aqil memulakan perbincangan.

“Haha, sejak bila pulak ketua group Avengers ni segan. Bukan Aqil ke paling banyak cakap dalam group?” Aku membalas soalannya sambil mengangkat kening sebelah.

“Hahahaha, tu lainn. Tu dalam group je. Haha.” Jawabnya ceria. Namun seakan-akan masih belum menyempurnakan ayatnya.

“Sebenarnya…. ni tentang….. masa depan saya.” Sambung Aqil lagi sambil matanya memandang ke arah kereta yang lalu-lalang di luar pagar sekolah itu. Riak wajahnya kelihatan serius.

“Baiklah, ada apa tu Aqil? InshaAllah Abang cuba bantu Aqil.” Balasku ringkas. Namun, aku includekan soalan dalam jawapan itu.

“Hmmm… kalau saya ambil bidang lain dan saya nak teruskan passion saya dalam bidang lain, adakah ianya mustahil, bang?” Tanyanya direct kepadaku.

Aku berfikir sejenak. Sambil memikirkan jawapan, fikiranku terus melayang kepada penemuan-penemuanku dan pengalamanku dengan orang-orang yang ku gelar guru dan sifu sebagai jawapan untuk soalan sebegini. Malah, ada juga yang tidak pernah ku jumpa, tapi cerita hidupnya kekal menjadi inspirasi dan motivasi.

Seperti contoh, aku kenal sekumpulan pelajar perubatan yang sentiasa memikirkan bagaimana untuk menyumbang kepada masyarakat. Siang sibuk dengan urusan akademik dan malam pula sibuk dengan urusan persatuan dan program. Aku juga kenal dengan pelajar ekonomi dari universiti lain yang sentiasa sibuk mengendalikan NGOnya seakan-akan tidak pernah berhenti untuk berehat walaupun pada hujung minggu. Selain aktiviti kemasyarakatan, dia juga sibuk menghadiri perbincangan-perbincangan ilmiah, konferens bertaraf nasional dan antarabangsa untuk membantu dirinya menambah ilmu pengetahuan. Selain itu, aku juga dapat kenal dengan pelajar jurusan Engineering yang aktif melibatkan dirinya dalam peringkat kepimpinan belia dan kemanusiaan serta kebajikan masyarakat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Aku juga dapat berkenalan dengan seorang pakar bius yang sangat aktif dalam mengendalikan NGO miliknya secara profesional untuk membantu meringankan beban masyarakat tempatan dalam mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Beliau juga telah menyambung degree kedua dalam masa yang sama berkidmat untuk universiti sebagai salah seorang pengurusan tertinggi. Aku juga sangat rapat mengenali individu yang ambil bidang Bahasa Arab tapi juga aktif dalam dunia motivasi, Perubatan dan Robotics serta Psychology secara profesional. Selain itu, satu individu yang aku turut kagumi adalah seorang senior dalam bidang Radiography and Diagnostic Imaging yang selalu menghabiskan waktu cuti semester untuk menyertai program-program universiti dan kemasyarakatan. Habis je exam, akak ni akan terus busy dengan program-program even di luar universiti. Kemudian, dapat juga berpeluang mengenali senior lepasan bidang Undang-undang yang aktif dalam dunia motivasi di seluruh negara dan telah menerbitkan bukunya sendiri serta aktif dalam bidang penyiaran.

Tidak hanya itu, aku juga mengenali seorang mahasiswi yang sibuk dalam akademik dan aktiviti dakwah di seluruh negara. Akak ni siap buka bisnes agar dia dapat menyara perbelanjaannya sendiri dalam dakwah untuk travel sana sini. Akak ni juga aktif menulis sana sini. Kemudian, aku juga mengenali ramai pensyarah yang bukan sekadar aktif di dalam dewan kuliah. Apabila explore background mereka, ternyata mereka jugak aktif dalam memastikan kebajikan pelajar dapat dibantu. Tidak lupa juga, ramai pensyarah yang ternyata aktif juga dengan pergerakan NGO-NGO luar, menyumbang untuk masyarakat luar dan persatuan-persatuan kemanusiaan kebangsaan mahupun antarabangsa di samping komitmen akademik dan research mereka yang sangat sibuk. Aku juga mengenali pelajar perubatan yang telah menerbitkan beberapa bukunya sendiri untuk berkongsi pengalaman yang dia jadikan sebagai pengajaran hidup dan masih lagi aktif menulis sana sini. Aku juga mengenali pelajar jurusan Engineering namun sangat aktif dalam bidang taekwondo di peringkat global malah mempunyai kelab taekwondo sendiri. Ada juga seorang senior yang aku kenali dalam bidang Ilmu Wahyu yang juga sangat aktif dalam bidang aktivisme belia, kemasyarakatan dan kemanusiaan sejak peringkat asasi serta telah menerbitkan bukunya sendiri. Kemudian, ada juga seorang pelajar dalam universiti yang juga merupakan salah seorang pemain e-sport FIFA secara profesional di mana dia kena ikut semua training rasmi walaupun di tengah-tengah kesibukan bergelar mahasiswa. Aku juga mengenali sahabat-sahabat dalam bidang Dietetics dan Medic yang aktif dalam bidang dunia kefasilitatoran di seluruh negara. Ada juga pelajar Accountancy yang aktif organize teater sana sini dan mempunyai pengarah-pengarah teater yang hebat dalam team-nya sehinggakan banyak persembahan yang mereka turut organize di luar universiti.

Bukan setakat itu sahaja, aku juga dapat mengenali pelajar jurusan Ilmu Wahyu namun sangat mahir apabila berbicara mengenai hukum-hukum fizik malah lebih banyak fakta yang diketahuinya berbanding pelajar bidang tersebut yang sebaya dengannya. Kemudian, aku juga mengenali pelajar jurusan Engineering yang menghabiskan hafalan Qurannya dengan cara dan jadualnya yang direka sendiri walaupun terikat dengan komitment akademik dan persatuan. Tidak lupa juga, seorang pakar jantung yang turut menghabiskan masa malam dan cutinya untuk menulis dan memberi motivasi kepada seluruh negara. Kemudian, seorang pelajar jurusan Bahasa Arab yang aktif dalam menjaga kebajikan golongan masyarakat yang memerlukan. Even ramai orang turut join team dia dalam menguruskan hal-hal kebajikan yang berkaitan. Pelajar jurusan Nursing dan Engineering yang aktif menjadi moderator sana sini di samping aktif dalam bidang penulisan masing-masing. Alumni universiti dalam bidang sains bioperubatan yang melibatkan diri dalam bidang penulisan dan editing secara profesional. Pelajar Nursing yang aktif dalam bidang videography dan photography malah dibayar untuk projek-projek di luar universiti. Pelajar bidang Undang-undang yang aktif dan mahir dalam bidang muzik. Senior Audiology yang mahir dalam baking dan ada business baking yang tersendiri. Senior-senior dalam bidang Dietetics yang aktif dalam bidang kemanusiaan. Pelajar Sains Aktuari yang aktif dalam bidang-bidang kefasilitatoran secara profesional di seluruh negara. Senior yang merupakan pelajar bidang Artificial Intelligence namun sangat aktif dalam bidang pembangunan belia di peringkat kebangsaan dan selalu travel sana-sini even ke oversea untuk penglibatannya dalam bidang aktivisme belia. Aku juga mengenali mahasiswi dalam bidang Sains Bioperubatan yang memegang dua jawatan tertinggi dalam persatuan di universiti dalam masa yang sama masih dapat mengekalkan CGPA yang tinggi. Tidak lupa juga seorang sahabat dalam bidang Pengajian Islam yang mahir dalam bidang muzik sehinggakan boleh compose muzik sendiri.

Kemudian, aku juga mengenali sahabat dalam bidang Sains Bioperubatan yang menghabiskan masanya untuk menelaah buku sehinggakan di katilnya penuh dengan buku-buku yang ditandanya. Selain itu, dapat juga mengenali pelajar bidang Islamic Finance namun turut aktif dalam bidang kemasyarakatan di samping seorang book reviewer dan blogger yang hebat. Seterusnya, pelajar Political Science namun sangat mahir menulis puisi-puisi. Dapat juga mengenali pelajar bidang Sains Bioperubatan dan Farmasi yang juga merupakan pendebat-pendebat universiti yang bagus. Kemudian, seorang pelajar bidang Architecture yang telah menerbitkan bukunya dan turut aktif dalam melibatkan diri untuk menyumbang kepada kebajikan masyarakat-masyarakat gelandangan di Kuala Lumpur. Dan seorang senior dalam bidang Denstistry yang melibatkan diri dalam bidang volunteerisme pada peringkat antarabangsa iaitu dalam menjaga kebajikan anak-anak pelarian luar negara di Jordan. Aku juga kenal dengan pelajar yang ambil jurusan Sains Bioperubatan namun sangat aktif dalam bidang hoki secara profesional di negerinya. Aku juga berpeluang berkenalan dengan senior Optometry dan junior Dietetics yang aktif berpersatuan dan menang pertandingan Tilawah sana sini dalam masa yang sama dapat maintain CGPA yang cemerlang. Tak lupa juga sahabat yang ambil jurusan Risk Management tapi aktif dalam bidang kepimpinan persatuan di peringkat kebangsaan dan juga aktif melibatkan diri dalam dunia kefasilitatoran secara profesional. Kemudian, mahasiswa dan mahasiswi dalam bidang Sains Bioperubatan yang aktif berpersatuan selain aktif menulis dan merupakan penulis di Langit Ilahi dan juga iluvislam.com.

Dan, ramai lagi. Perkenalan aku dengan mereka membuatku segan untuk mengakui bahawa jawapan untuk soalan tadi adalah mustahil.

“Ummm…Abang An?” Aqil menanyakan kembali, masih menunggu jawapan dan respon.

Fikirkanku kembali ke realiti semula. Kembali ke tempat aku dan Aqil bersembang semula.
Rupanya soalan tadi masih belum kujawab.

“Tidak. Selagi kita jelas dengan apa dan kenapa kita buat satu-satu perkara. Ianya tidak mustahil. Walau apa  pun. Nothing is impossible.” Jawabku sepatah-sepatah.

“Ummm.. tapi Abang rasa tu susah tak?” Tanyanya ringkas.

“Susah tapi tidak mustahil, Aqil. Susah itu perlu sebab kalau impian kita itu mudah, semua orang akan dapat capai impian tanpa perlu melangkah. Sedangkan pada setiap langkah itu, kita belajar untuk hidup lebih tabah dan tough, kan?” Aku menjawab soalan itu panjang lebar.

Aqil mengangguk perlahan.

“Dan sudah menjadi tugas kita untuk pertahankan impian kita. Bukan dia atau mereka atau siapa-siapa sahaja. Tapi kita.” Aku menyambung perlahan.

"Never tell yourself,
You should be someone else,
Stand up tall and say,
I’m not afraid, I’m not afraid."
(We Are by ONE OK ROCK)

Comments

  1. Your work is very nice .Now days this is great to share on the internet.keep it up thanks for sharing with us such a nice content.
    What is Tajweed? It means to read Quran beautifully. Moreover, it means that to vocalize each letter carefully with all its standards. Almighty Allah Says in the Holy Book that “Read the Holy Qur’an without hurrying and generating the letters clear.” So, Learn Quran Online by joining Aiman Online Quran Academy.
    All basics you need in learning Arabic language are in our online coursesduain for kids
    learn quran online
    you can aslso check the Courses for new muslim Here.

    ReplyDelete
  2. Good article, bro. Useful pinoy can be seen on my website too. Check out these pinoy lambingan online hd

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts