The Exhausting Journey

Authored by: Zafran
Edited by: Anwar Mc Noo



IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

"You cannot change the past but you can learn from it" 

"Improvement begins with I." 
-Arnold H. Glasow-


Musafir. Yup, kita musafir, masih dalam perjalanan kerana hakikatnya, hidup ini hanya satu perhentian. Bagaikan hentian R&R, hentian ini cuma sementara, menuju akhirat dan tiada simpang u-turn selepasnya.

Beberapa tahun yang lalu, parent aku nak pindah sebab ayah aku telah ditawarkan bekerja di luar negara, kat Dubai. So ibu aku berhenti kerja sebab nak jaga kitorang adik beradik, huhu serius aku tak tahu apa-apa waktu tu.

Lupa nak mention, tempat aku nak pindah a.k.a tukar tempat tu ialah ke Kuantan Pahang. Salah satu tempat nenek dan Tok Aki aku, so memang satu berita yang mengejutkan. Hati aku berbisik “ Ish..balik kampung? tak best la, banyak benda teruk kat sana” haih, perasaan aku tak teruja pun time tu. Resah, gelisah, semua datang menyinggah.

Sepanjang masa 8 tahun disana…
Aku pernah berkawan dengan budak-budak yang nakal a.k.a jahat la juga macam aku, kah kah kah. Eh, tak baik tu.

Suatu masa tu kat Kuantan, aku still jahil tentang diri aku, masih aku ingat, aku pergi sekolah dan aku selalu duduk di kelas hujung sekali, dengan pelajar-pelajar yang tak pandai langsung membaca. Time tu aku baru sedar, bukan aku seorang je yang tidak reti membaca, hmm. Malah, bukan aku juga yang paling teruk.

Kemudian kesedaran itu timbul, jadi aku bernekad untuk bangkit dan ubah. So aku belajar dan terus belajar kerana aku tahu, walaupun aku masih pada usia muda dan kebudak-budakan pada waktu itu, aku ada akal, jadi aku tahu apa yang sedang terjadi pada aku dan keluarga. Then, pada tahun 2009, aku mula ambil exam UPSR, time ni aku masih masih lagi seorang kaki pukul, pemalas, suka lawan cakap dan banyak lagi la haih, teruk betul aku ni, sekiranya aku kekal macam tu.

Hasilnya, aku peroleh result UPSR yang tidak memuaskan, tapi still ada A dalam subjek UPSR tu. Bermula lah aku dalam alam Sekolah Menengah dan masa tu aku form 1, aku ada kawan yang satu kepala dengan aku namanya Hamzie. Kitorang banyak buat benda mengarut dan membuang masa, kitorang ada cuba menghisap rokok dan aku juga ada pernah bertumbuk di luar sekolah. Bila di rumah, ibu aku selalu cakap:

“Awak nak jadi apa hah?belajar malas, main je banyak, mengelat (banyak bagi alasan). Cuba awak tengok-tengok juga dekat diri awak tu, belajar pun tak pandai, markah selalu merah je. Malu ibu”.


Perghhh, memang sentap ayat tu, tapi aku anggap benda tu mudah je, pada waktu itu. Disebabkan aku ambil mudah akan perkara macam tu, markah exam aku pun dapat merah dan rendah, aku terus pinggirkan kawan-kawan aku sebab aku malu dengan keputusan aku yang teruk sangat ni, banyak kali aku sorok result exam atau report kad dalam pelbagai cara, ada bawah laci buku la, atas almari, sorok dalam tanah dan pernah bakar result tu. Bila ibu aku tanya, aku bagi alasan dan cakap yang result still tak dapat lagi or aku tertinggal kat sekolah dan lupa nak ambil balik.


Pernah jadi juga, aku curi duit ibu aku, dan lepas tu aku belanja kawan-kawan aku makan KFC kah kah kah. Benda teruk tu ish ish ish. Banyak kali juga aku buat benda macam tu dan sampai satu masa terkantoi dan aku kena hentam dengan abang aku teruk gila.

Bila bulan puasa, aku banyak ponteng puasa, bila solat tarawih je, aku bakar mercun dan baling kat dalam surau, pukul orang (yang tak puasa) kononnya aku ni penegak keadilan bulan ramadhan la pehhhh. Ish ish ish teruk betul aku ni. Tapi itu yang mengenangkan aku akan kenakalan dan kejahilan aku ini.

Saat aku melakukan pelbagai perbuatan jahiliah, bahkan berkemungkinan ada yang lebih teruk, hatiku sering terusik akan perbuatan itu. Aku mula bertanya seribu satu pertanyaan yang pastinya sukar untuk aku menjawabnya, “Apakah perbuatan aku ini dipandangNya?”. ”Apakah dosa aku ini kelak dituntut oleh Nya?”. Selang satu persatu soalan itu mula timbul didalam kepala aku, arghhh!!(serabut) banyak pula yang bermain dalam benak fikiran yang masih mentah ini.


Apa yang sedang aku cari ini sebenarnya? “Siratul Mustaqim?”, atau aku sebenarnya kelihatan seperti masih dibuai angau- angau mimpi dan lalai bak duniawi. Apa harus aku lakukan? Apa titik hitam dalam hati aku ini sudah tiada tempat untuk dititik kan lagi kah?, timbul satu persoalan, “jikalau dosa itu boleh dilihat dengan mata kasar, pastinya kita akan melihat ketulan najis- najis yang berbau busuk dan jelas bentuk rupanya, pastinya juga tiada yang mendekati akan dosa itu.”


Teringat pula akan kejahilan manusia yang wujud dalam dunia ini, dan salah satunya adalah orang yang jahil melalui perbuatan mulutnya. Berkata dan berjanji akan tetapi mendustai kedua-duanya, orang itu tidak lagi bercirikan Muslim, malah perkara ini acapkali dilakukan oleh orang seagama kita sendiri, mempunyai agama, malah menyandang agama ini. Tetapi menyandangnya dengan hanya sekadar nama sahaja, situasi yang sangat biasa ini, sudah dapat dikenalpasti, malah sudah kita ketahui hanya dengan memerhati masyarakat sekeliling kita sendiri.

Bayangkan, apabila kita membuat suatu perjanjian sama ada dari segi formal yakni dengan menggunakan borang atau surat akujanji, ataupun dari segi non formal iaitu dengan hanya berkata kiasan dengan seseorang individu yang lain, ketahuilah, akan adanya jenis orang yang hanya berkata manis tetapi dusta di dalamnya, seperti duri di dalam madu yang pada akhirnya memberikan kesan yang buruk ke atas diri kita. Ramai sekali orang yang telah tertipu dan terkena akan keburukan yang dilakukan oleh pendusta ini, walhal manusia akan terus melakukan dosa pabila mereka merasa enak dan selesa dalam perbuatan terkutuk ini.

Pemikiran manusia ini kadang-kadang ceteknya pada pemahaman, malahan ceteknya juga pada iman, begitu juga dengan diriku yang sering kali berada di dalam zon selesa apabila berbuat dosa. Bila menyoal perihal dosa, debat dibenak fikiran aku ini tidak terhenti menyalahkan diri yang menyebabkan aku merasa hiba dan serba salah, aku menyesal akan perbuatan ku ini, mana tidaknya, aku acapkali mengulangi perbuatan dosa. Malahan aku turut merasa rendah akan diriku, aku merasa malu pada orang yang jahil kerana dia berbuat dosa dalam keadaan jahil sedang aku berbuat dosa dalam keadaan mengetahui, apakah dosa ku ini diampun oleh Mu Ya Allah?

Apakah janji orang sepertiku masih dapat diterima?

Bila melihat tangan ku ini, aku menangis kerana menggunakan tangan yang dipinjam ini untuk membuat perbuatan yang dibenciNya, malah membiarkan perkara dosa berterusan berlaku. Mengenangkan pula mata aku ini, yang telah melihat aurat dan maksiat yang banyak  yang membawa diri ku untuk terus mengamal dosa- dosa

Terus aku memegang mulut ku, yang berat untuk berzikir dan menyebut nama agungNya, malahan rajin berkata kesat dan berdusta dalam berjanji, mengumpat saudara sendiri, dan memfitnah pada yang dibenci. Sungguh aku tidak sayang akan diri ini. Mengusap kaki aku ini, mengenang tempat- tempat maksiat yang aku lawati pada sekian lama dahulu, membiarkan sahaja kaki aku membawa diriku ini ke lembah kemaksiatan yang hanya diakhiri dengan azab Allah yang menyeksa lagi pedih.


Allah  Allah  Allah… jikalau begini hidupku, jangan katakan syurga, neraka juga mungkin tidak menerima ku sebagai ahlinya, maka azablah yang menanti ku kelak. Allahu Ahad, aku ini hina dalam perbuatan, malah dosa ini juga penuh aku pikul yang kini aku sesali. Aku bertekad, untuk menentukan destinasi ku ke arah yang lebih meyakinkan.

Selagi kesempatan diberikan Tuhan.

Musafir ini harus diteruskan, dalam mencari arah kebenaran, agar penghujung jalannya adalah kebahagiaan.


"Those who cannot change their minds cannot change anything." 
-George Bernard Shaw- 

Kita yang akan tentukan ending kita bagaimana kan? Ini cerita kita. Ini perjalanan kita.

Popular Posts