Feeling Enough

Authored by: Tyto Alba
Edited by: Anwar Mc Noo

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

"Be thankful for what you have; you'll end up having more. If you concentrate on what you don't have, you will never, ever have enough"
- Oprah Winfrey -

Situasi 1:
Ice Blended Mocha dikacau menggunakan straw di hadapannya. Bagai ternanti-nanti bicara terlontar dari bibir pemuda itu.
“Ramai orang inferior dengan kau.”
“Eh, why?”
“Mungkin sebab tengok kau bijak, aktif sana sini, pandai tu pandai ni.”
“Kau?”
“Aku? Kenapa dengan aku?”
“Kau inferior jugak?”
“Dulu.”
“Sekarang, tak?”
“Tak”
“Kenapa tak?”
“Sebab aku dah belajar sayang diri aku. Hehe”
Ibu jari diangkat ke atas daripada genggaman tangan sebagai simbolik well done bro!
Ice Blended Mocha diteguk bahagia. Indahnya nikmat Tuhan. Gulp.
----------------------------------------------------------------------------
Situasi 2:




Mata tertancap kemas pada skrin televisyen yang sedang menyiarkan filem Riddick. Air liur ditelan beberapa kali, tanda gementar.
“Ma, nanti nak beli detox tea eh.”
“Buat apa?”
“Nak kurus.”
“Ish. Tak payah la. Badan awak dah okay dah kot.”
“Tapi..ma..Najla nak jadi kurus lagi”
“Najla Karmila, awak nak kurus macam mana lagi? Bersyukur apa yang Allah bagi tu. Awak dah okay tu, sayang. Comel kot.”
“Hmmm.” Kedua jari telunjuk bersentuhan berulang kali.
----------------------------------------------------------------------------
    Zaman sekarang, zaman kehidupan peribadi terpampang sewenang-wenangnya di skrin-skrin telefon bimbit melalui aplikasi Instagram, Facebook, Twitter dan macam-macam lagi yang kalau disenaraikan satu persatu, takkan pernah habis.
    Dan mata yang memandang, tak semuanya gembira dengan rezeki orang lain. Ada yang berbisik dalam diam nak jugak muka flawless macam tu, nak jugak rumah besar macam tu, nak jugak kaya macam tu.
    Faham. Cukup faham.
“But girls and boys, you are already worth it, you know?”
    Memang kalau boleh we want everything to be perfect. But those perfect things cuma wujud dalam dunia fantasi Cinderella. Even dalam Cinderella pun, dia bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian kan?
    Dan bila kita asyik nak itu ini, satu-satu persoalan timbul, apakah yang Allah telah tetapkan kita miliki, bukan yang terbaik untuk kita? Adakah kita lebih tahu dari Allah tentang apa yang terbaik untuk kita?
Let’s be realistically awesome. Have faith.

O you who have believed, eat from the good things which We have provided for you and be grateful to Allah if it is [indeed] Him that you worship. (2:172)

----------------------------------------------------------------------------
“He is indeed successful who has been guided to Islam, and his sustenance was sufficient for him, and he was content with it.”
(Saheeh Muslim)
   


Popular Posts