Our Choices

Authored by: Syamimi
Edited by: Anwar Mc Noo



IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL






"Attitude is a choice. Happiness is a choice. Optimism is a choice. Kindness is a choice. Giving is a choice. Respect is a choice. Whatever choice you make, makes you. Choose wisely."



-The Light in the Heart by Roy T. Bennett-


Hidup ini suatu pilihan. Kita berhak memilih. Dan kita perlu merancang kehendak kita.  Mungkin di pertengahan jalan itu kita temui kebuntuan yang menyesakkan dada dan mungkin juga insiden yang tidak terjangkau oleh hati dan akal.

Bukanlah pilihan itu salah atau betul namun tindakan dan gerak kita yang menentukan samada pilihan itu betul atau salah.

Seperti contoh, kita sering melihat orang yang mengandung anak tidak sah taraf itu suatu pilihan yang selamanya salah. Namun, andai kita halusi dan renungi;

Andai wanita itu diberi hidayah dan taufik oleh Allah melalui anak itu. Memulakan hidupnya dan anaknya dengan penuh sabar dan ikhlas. Menerima tohmahan dan cacian manusia dengan tidak membalas kembali. Menghayati setiap lafaz dan amal atas landasan taubat. Merintih dan merayu di malam yang dingin. Menghadap Tuhan dengan hati yang benar-benar ihsan.

Apakah pilihan dan keputusannya di sisi Allah masih salah?


"Tapi, dosa zina itu...."

Kita siapa? Tuhan kah? Atau Malaikat yang mencatat? Ke Nabi yang ma'sum?

Hari ini, manusia memandang kesilapan itu sebagai keburukan kerana mata insan itu mudah untuk melihatnya sebagai suatu yang negatif. Kita lebih memikirkan pandangan dari mata yang dicipta dan sentiasa berkelip bahkan jua terlelap dari memikirkan perhatian yang tidak pernah berhenti dari Pencipta.


Pernah tidak untuk sekali kita memikirkan, mengapa keburukan di sekeliling kita tidak pernah berkurang bahkan bertambah? Kematian insan yang baik jua semakin hari kian menghantui.

Hidup bukan suatu perkara yang hanya termaktub di dalam kitab kerana ia merupakan satu penyataan dan soalan yang harus dicari huraian dan jawaban di sebalik setiap kejadian.

Maka, bertebaranlah kamu dengan hati yang ikhlas untuk mencari kebenaran dengan tadabbur aksara indah yang tercatat.

Comments

Popular Posts