Disappointment is A Gift

Authored by: Anwar Mc Noo

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL


"Sometimes when you get disappointment it makes you stronger."     
-David Rudisha


Di satu sudut kafe sebuah universiti tempatan.

Wan: Fuh. Habis jugak training harini. Banyak usul kita dapat discuss tadi

Farhan: Yup. Lega dah abis. Esok pagi pulak.

Wan: Hmm..wey Pa'an, kau rasa kita boleh menang ke pertandingan tu?

Farhan: InshaAllah, kita dah start training pun dah lama kan, kenapa tetiba kau tanya soalan gitu?

Wan: Hahaha tak. Aku saje je tanya. Weh aku ade satu soalan nak tanye, boleh?

Farhan: Ye wan, kan aku member kau. Sama team debat lagi. Tanyelah. Walaupun soalan kau selalunya kbat2 hahaha

Wan: Pernah tak rasa kecewa?

Farhan: *stare* Yup. Why? *stare*

Wan: Okay sebnarnye aku rasa benda tu sekarang. Aku.. Cuma aku tak pasti mana silap aku, bro. Sakit kepala gak fikir benda macam ni.

Farhan: Sebelum tu, berapa markah kalau soalan gini? Haha

Wan: *stare*

Farhan: Hmm kk. Sambil2 makan roti ni jom. Taknak serious sangat weh. Haha

Wan: Hahahaha okay2. Sorry lak aku spoil mood rehat kita

Farhan: Eh no lah, benda tu semua orang rasa, Wan :)

Wan: Eh serious ke?

Farhan: Yup, aku pun beberapa kali gak rasa gitu, Wan. Memang serabut gak kan? Kadang2 rasa macam tak tenang, kan? Hmmm okay aku nak share apa yang member aku dulu pernah cakap, "kadang, kekecewaan ni hadir sebagai hadiah" tau..

Wan: Eh, hadiah apa pulak

Farhan: Sabarlah tak abis lagi aku share. Makan roti tu.

Wan: Oh, haha kkk sorry2 aku makan roti je sekarang

Farhan: "Hadir sebagai hadiah dari Tuhan, dan sebagai teguran yang keutamaan kita ada yang perlu dianalisis dan disusun semula."

Wan: Keutamaan?

Farhan: Yeah. Keutamaan. Mungkin ada yang kita terlepas pandang, or yang patutnya kita utamakan, kita tersilap susun.

Wan: Hmm, sebagai hadiah eh?

Farhan: Yup. Rare kan? Member aku tu memang pelik sikit. Tapi ada betulnya. Sebab bila kecewa tu hadir, aku sedar banyak perkara.

Wan: Banyak perkara?

Farhan: Yup. Macam kita naik kereta dan kecewa tu bila kereta kita rosak. Cuba bayangkan kita naik kereta balik kampung. Patutnya kita servis kereta tu tapi kita tangguh2. Walaupun kita tahu tu untuk kebaikan kita jugak kan. Finally, kita end up rosak kat tepi jalan. Bagi aku, sebab kereta rosak tu lah, aku nak atau tak nak kena jugak servis kereta tu untuk perbaiki kesilapan aku cuma aku pun kena tanggung jugaklah tak boleh balik kampung atau balik lewat sikit sebab aku yang selalu tangguh benda tu sebelum ni. Haha

Wan: Jawapan kau ni kbat jugak. Hahaha

Farhan: Well, kau tengah tanya orang yang selalu bidas hujah kot. Hahahaha. Kenalah kritikal dan berasas. Eh terbelagak pulak

 Wan: Hahahaha. Yeah. Aku rasa aku terhutang budi dengan member kau sekarang. Hmmm... aku rasa mungkin sekarang aku kena baiki balik kereta aku yang dah rosak ni.

Farhan: InshaAllah, yang paling penting ada hikmah yang lebih besar sebenarnya untuk kau. Jumpalah tu nanti, hehe. Kalau kau perlu pape, roger je aku.

Wan: Yeah, inshaAllah. Mudah-mudahan jelas hikmah tu nanti. Thanks brother! Aku tak tahu nak balas apa.

Farhan: Eh no problem. Kau tolong doakan aku and member aku pun dah cukup. Hehehe

Wan: Okay lah inshaAllah haha. Nak tambah coffee lagi tak? Aku belanja

Farhan: Kalau coffee ni aku susah nak tolak hahaha why not? xD

Wan: Hahaha apa salahnya selalu kau yang bayar senyap2 kan. So kali ni kau makan and minum je.

Farhan: Hahaha okay weh, thank youuu xD

Comments

Popular Posts