“GIVE EMPATHY, DON’T BE JUDGEMENTAL”

Authored by: Hajar Fatini
Edited by: Anwar Mc Noo


“Be kind, don't judge, and have respect for others. If all of us can do this, the world would be a better place. The point is to teach this to the next generation.”
(Jasmine Guinness)

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MERCIFUL


*Take note that the italic part is not mine, it's from the audio recording*

*Diingatkan, penulisan ini (yang beritalic) ini bukanlah penulisan aku. Tetapi aku cuma menulis semula apa yang aku dapat dalam kelas tempoh hari. Dan ini juga bukanlah 100% apa yang diperkatakan oleh pensyarah. Ada beberapa bahagian yang telah di-edit sedikit atas beberapa faktor.

__________

“Gejala sosial punya kajian buat saya nampak “the true colours” of social punya realiti. Dan kamu perlu tahu, hakikat sebenarnya itu bukanlah pilihan mereka. Kita mungkin boleh cakap;

“Kau ada pilihan kot. Banyak lagi benda lain yang kau boleh buat kan? Kenapalah kau buat benda ni semua?”

Tetapi kadangkala mereka ini sebenarnya terperangkap di dalam situasi. Dan bukan senang untuk bawa mereka ini keluar dari situasi itu.

Sebab itu saya cakap turun padang dan sertailah aktiviti-aktiviti sosial. Ini untuk kamu memahami tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku di sekeliling kita. Dan benda itu sangat menjadi kekuatan dan pedoman untuk kamu terus hidup dan melangkah di muka bumi. Untuk kamu betul-betul faham kenapa? Kenapa benda ni semua jadi? Kita bising;

“Kenapa kau nak buat benda (anda boleh baca dengan apa-apa sahaja contoh gejala sosial yang berlaku. Sebagai contoh mungkin kes pelacuran) ni? Banyak lagi kerja baik yang lain kau boleh buat!” (Lalu pensyarah sambung cerita panjang berjela tentang hal sebenar dan apa punca disebalik gejala sosial yang berlaku pada individu tersebut. Terlalu rumit dan panjang kalau nak diceritakan dalam satu post ni).

Tidak. Ia takkan menjadi semudah itu untuk diperkatakan. Ia tidak semudah itu. Kalau kamu cuba menyelami dan bertanya pada mereka, kamu kena berada di luar daripada dia punya masalah. Kamu tidak boleh berada dalam masalah dia. (Sebab untuk memahami keadaan sebenar, kita perlu berada dalam keadaan neutral iaitu memahami situasinya dari luar kotak masalah dia supaya judgement kita akan lebih rasional dan tidak biased) Betul saya cakap, kamu kena cuba memahami dia, tetapi kamu tidak boleh meletakkan diri kamu dalam masalah dia.

Inilah masalah sosial yang berlaku dalam negara kita sekarang. Dan kadangkala orang awam mudah sangat melabel hitam dan putih. Sangat mudah bercerita tentang “nerakalah tempat kamu!” tanpa cuba memahami keadaan sebenarnya dan tanpa kamu mengetahui di manakah permulaan dan penghujung cerita.
__________________

Sejak perkongsian tu, aku rasa seolah-olah persoalan yang berlegar dalam kepala aku selama ni, “kenapalah aku dapat bidang sains sosial?” sedikit sebanyak telah terjawab. Aku mula sedar, besar sebenarnya tanggungjawab yang perlu dipikul. Betapa kita ini sebenarnya sedang hidup dalam zon yang sangat selesa. Namun hakikatnya, banyak kerja harus dibuat untuk selamatkan masyarakat dan anak muda kita. Perlu belajar skill menyelami hati manusia dahulu tanpa kita mudah menghukum mereka secara melulu. Makin aku pelajari dan dalami, makin banyak lagi aku sedar aku belum tahu tentang seni mendekati hati manusia ni.

Bagaimana perkongsian dalam kelas tempoh hari mulai membuka mata dan minda aku tentang masalah gejala sosial, begitulah juga aku harap, anda! Ya! Anda, orang yang sedang membaca sekarang ini, akan dapat merasai apa yang aku rasa, bersama-sama.


Apapun, antara pengajaran yang aku dapat:

1) Barangkali kita terlalu sibuk dengan kehidupan seharian sebagai mahasiswa, tetapi jangan lupa ambil tahu dan cakna dengan perkara yang berlaku di sekeliling.

2) Dan…hati-hati, jangan kita terlalu cepat menghukum seseorang! Sit down, and listen to them before we simply judge.

3) Pentingnya mempelajari kemahiran mendekati hati manusia.

Moga memberi manfaat dan membuka mata kita tentang realiti.

“Hate the crime, not the criminal.”
(October Baby Movie)


Comments

Popular Posts