ANGELS

Authored by: Anwar Mc Noo & Husna Sahimi


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

"Everybody's a teacher if you listen."
- Doris Roberts


Di lobi Kolej Kediaman Khadijah.

Aku kepenatan. Segera aku melompat duduk di atas sofa menunggu lif asrama sampai tingkat bawah ini dari tingkat 9. Stres. Stres dengan classmate tadi. Huh!

Ding! Notifification whatsappku berbunyi.

"Huruf A untuk apa, Angels?" Tiba-tiba Kak Fifah, naqibah usrah kami menanyakan soalan dalam whatsapp grup usrah kitorang, The Awesome Angels.

"Air, kak." Nadia, mula menjawab.

"Hmmm okay,, lagi?" Tanya Kak Fifah lagi.

"Angkasa, hehe." Jawab Natasha pula.

"What about the rest?" Soal Kak Fifah yang membuka peluang untuk semua menjawab. Aku mula ligat berfikir mencari jawapan.

"Ai love you, Ai kenot lupa you wa Ai miss you already, kak! Hehehe." Jawab Aina, bab pickupline memang The Awesome Angels dah sepakat, dia paling padu.

"Amboiii, Na pandai eh hahahhaa baru je semalam kita usrah." Kak Fifah menjawab.

"Awan, kak?" Aku meneka.

"Avengers!" Hidayah menaip.

"Anonymous!" Balas Huda.

"Aurum, kak! Hehehe." Aisyah meneka.

"Hahahaha, perform sangat semua ni. Paduuu. Bagus bagus. Good try semua. Nak tahu tak apa jawapan dia?" Kak Fifah bertanya pula.

Semua tengah is typing.

Tapi takda siapa dapat kalahkan typing speedku. Gamer punya tangan kot. Haha. Aku first bertanya,
"Apa dia kak?"

"Semua betul. Emoji senyum." Balas Kak Fifah ringkas.

"Eh, mana aci macam ni kak. Penat saya bukak periodic table nak bagi jawapan rare tadi. Emoji gelak." Balas Aisyah.

"Hmmm, hahahahaha. Awak memang dah rare pun, Aisyah." Balas Kak Fifah.

Aku menunggu jawapan Kak Fifah. Fikiran aku menjadi ligat.

"Kalau korang nak tahu, semua jawapan untuk satu perkara boleh jadi pelbagai dan berbeza-beza dari setiap orang tau. Bergantung kepada experience, background dan passion kita. Macam Huruf A, ada yang kata air, ada yang miss akak, ada yang kata awan, angkasalah. Semua tu betul tau. Takde yang salah. Hehe."

Semua mula berfikir. Apa maksud kakak naqibah kesayangan kitorang nih? Hmm.

"Ohhh, sebab tu kita kena raikan semua dan fahami orang tu dulu eh kak? Sebab mungkin jawapan dia berbeza tapi basically still refer kt perkara yang sama, kan?" Kalini Farah pulak meneka. Sebab Kak Fifah ni selalu guna metafora. Supaya kami lebih berfikiran kritis mungkin.

"Yup, tepat sekali Farah!" Balas Kak Fifah.

"Andd... daripada A sampai Z, semua ada makna kan?" sambung Kak Fifah.

"Yup, Z for Zebra kan kak. Hehe." Yana pula menyambung.

"Yup, tepat Yana! Haha. Semua huruf ada makna. Bergantung kepada kita untuk bagi definition apa makna-makna dia. Daripada awal sampai last. Daripada A sampai Z." Balas Kak Fifah.
"Does that mean yang smua benda yang kita jumpa ada makna, kak?" Aku bertanya dalam grup. Meneka lagi.

"Yep! 5 bintanggg untuk awakkk." Balas Kak Fifah, ringkas lagi.

"Even 0-10 pun ada makna tau." Kak Fifah menyambung lagi.

"Eh, 0 pun ada makna ke kak?" Aku dan Nadia serentak bertanya.

""Yup, terutama mereka yang dah fahami makna apa itu "tiada"." Balas Kak Fifah ringkas.

Semua senyap, memahami. Kami tahu kak Fifah baru je kehilangan abang dia tahun lepas.

"Kenapalah kau tanya soalan ni wehh Zara. Kan dah awkward." Aku bermonolog menyalahkan diri.

"Sebab tu... bagi akak, hidup ni ibarat macam kita hidup dan bertemu dengan huruf-huruf and nombor-nombor tu tadi. Semua ada makna! We have to appreciate them! Kawan-kawan, strangers, cikgu semua tu. Bergantung kepada how kita nak define kehidupan kita. Itulah makna yang kita dapat. Okay, Angels? Hehe." Kak Fifah menambah.

Kata Talmund, We don't see things the way they are. We see things the way we are. 

Teringat aku kt quote ni waktu scroll instagram semalam.

"Okay, Akak!"

"Noted akak awesome!"

"Roger that, nanti saya bagi jawapan-jawapan rare lagi tau kak hehe."

"Baik akak! Thank you and sayang akak!" Balas aku sebelum melangkah masuk ke lif kolej yang baru tiba.

Kosong. Maybe kelas aku sorang je yang abis awal. Tingkat 5 ditekan.

Short but inspiring, itulah mereka. Dari mereka, aku kenal kehidupan. Aku makin kenal erti setiap tindakan. Aku tersenyum sendirian sementara menunggu lif sampai ke tingkat 5. Nasib baik takde siapa tengok.

Fikiranku melayang ke kejadian tadi dalam kelas. Flashback. Mungkin classmate tadi stress kot. Sebab tu dia marah lain macam kat aku. Aku cuba memahami. Nanti aku belanja dia berbuka lah. Banyak sangat aku judge kat dia. Kesian jugak kat dia.

Thanks to Kak Fifah and the angels. Somehow, lega sikit. Untung aku bertemu dengan mereka ini. Angels inilah yang sentiasa mengingatkan aku mengenai pelbgai perkara yang membuka fikiranku menjadi lebih luas dan matang dari pelbagai perspektif. Mungkin itu juga salah satu objektif usrah diwujudkan? Maybe. Aku pun masih baru dengan circles ini. Tapi aku gembira, kerana dari mereka aku kenal kehidupan, makna setiap pengajaran, dan nilai setiap tindakan.

Somehow, hilang penat lepas dapat recharge diri aku dengan perkongsian daripada Kak Fifah and The Angels. Aku kagum dengan akak dan Angels ni.

Aku tersenyum sekali lagi.

Baiklah.

Kalini, jawapan huruf A aku bukan awan lagi. Tapi, Awesome Angels. Mereka makna baru aku. Hehe.


Comments

Popular Posts