A Youth Without Regret

Authored by: Alin Sabry
Edited by: Anwar Mc Noo


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL


"..Para remaja, ingatlah perjalanan hidup ini ialah perjalanan hati bukan perjalanan kaki. Jika hati kuat, sehat dan bertenaga, segalanya akan jadi indah dan mudah. Tetapi jika hati sudah letih dan sakit.... segalanya akan menjadi pahit, sukar dan menjemukan. Bila sakit kaki, kita hanya hilang keupayaan berjalan. Tetapi jika sakit hati, kita akan kehilangan tujuan dan harapan. Bawalah hatimu berlari. Jika penat, berehatlah. Kemudian berlarilah lagi. Walau penat, jangan sekali-kali kita berhenti. Di sini memang tempat berpenat, di sana nantilah tempat kita berehat!"
(Rnr Hati by Pahrol Mohd Juoi)

GURINDAM ANAK MUDA 

Kala semangat datang membara
Usah dibiar terkubu tanpa bicara

Anak muda jiwanya asa
Harus diguna untuk perkara luar biasa

Peganganmu biar kau genggam erat
Jangan hebat berkata tunainya berat

Biar dibuang segala fikiran yang melemah
Seluruh tenaga usahakan dikerah

Harus kau sedar realiti hidup
Bukan rehatan di bawah pohon yang redup

Bercucuk tanamlah dari sekarang
Moga tuaianmu kelak bisa dikenang

Gurindam yang satu jangan diketepikan
Bersusah dahulu bersenang kemudian

Moga syukur menjadi pedoman
Buat usaha sebagai hasilan

Usah dikhuatir hasilnya nanti
Kerana pertolongan Tuhan pasti menanti

Pilihan sekarang di tanganmu
Ya atau tidak jawapannya engkau yang tentu

Kau dan aku
Kita anak muda
Ayuh berjuang dengan segala sisa yang ada
Sehingga berjaya ke akhirnya

Comments

Popular Posts