Is It Okay to Give Up?
By: Anwar Mc Noo
IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
“Because He gives the toughest battles to the strongest soldiers.”
- Deen Squad, After Hardship Comes Ease-
Pukul 11.45 malam. Malam Sabtu.
Malam kedua cuti pertengahan semester.
Kebanyakan kolej kediaman dalam kampus itu kelihatan lengang. Ramai pelajar telah ambil peluang untuk pulang ke kampung pada cuti ini. Seawal Rabu petang sudah ada pelajar yang bertolak balik ke kampung.
Namun, mungkin ketenangan malam itu tidak dapat dirasai sepenuhnya oleh seorang pelajar Farmasi Tahun 4, Haikal. Haikal sudah berada di rooftop sejak pukul 11 malam. Haikal sedang berperang, berperang untuk terus hidup. Tangannya menggigil laju memegang pisau lipat yang kecil namun tajam itu. Beberapa torehan kecil telah dilakukan. Dia cuba untuk tidak terus melakukannya. Tapi itu bukan perkara yang mudah. Dia telah cuba. Dia telah cuba.
Namun, dirinya memerlukan sesuatu untuk mengalihkan perhatiannya. Dari terus terperangkap dalam kemurungan yang baginya tidak pernah berhenti. Dia lemas. Lemas dalam dirinya sendiri.
“Arrghh!” Tangannya laju mencampak pisau lipat tadi ke tepi dinding simen yang telah berlumut. Dia menekup wajahnya. Air matanya laju mengalir. Mungkin orang lain mengenalinya sebagai pelajar yang ceria di waktu pagi. Mungkin juga orang mengenalinya sebagai pelajar yang sentiasa aktif berpersatuan dan bersukan. Namun, banyak kekecewaan yang dipendam. Banyak kegagalan yang disimpan.
“Apa salah aku sampai diuji sebegini?!” Tangannya laju menumbuk ke lantai simen batu yang lama itu sambil membongkok ke bawah.
“Kau tak salah, Kal.” Muncul satu suara dari belakang. Tenang.
“Hah?” Kepalanya terus menoleh ke arah suara tersebut sambil laju mengesat air mata yang telah turun.
“Nah.” Kelihatan satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya, Aman sedang menghulur air tin Nescafe Tarik kepadanya. Rakan sekelasnya sejak dari sekolah menengah. Hanya itu rakannya yang masih sanggup bersabar dengannya sehingga sekarang. Bukan seperti kebanyakan orang lain. Apabila jawatannya sudah tamat, rakan lain mulai nampak kurangnya kepentingan untuk terus bersahabat lagi dengan dirinya. Apabila pelajarannya mulai merosot, ramai juga sahabat lain yang mula menyisihkannya dalam arus perbandingan akademik yang begitu sengit di dalam kampus itu. Haikal mulai rasa kehilangan. Kehilangan terhadap semua perkara. Namun, dia sedar, dia masih ada sahabat baiknya, Aman. Itu sahaja makna yang tinggal.
Dengan pantas Haikal terus menurunkan lengan bajunya yang panjang untuk menutup kesan-kesan torehan tadi dari pandangan Aman.
“Kau….kau apa tahu!” Bentak Haikal.
Aman memandangnya dengan tenang. Laungan sahabatnya tidak diendahkan.
“Kau free tak sekarang, Kal?” Tanya Aman sambil duduk di sebelah Haikal dan mendongak ke langit malam yang gelap namun dipenuhi dengan bintang itu. Kecil tapi tetap berusaha untuk memberikan cahaya dalam kegelapan malam itu. Nampak kecil tapi tetap signifikan.
“Am…kau…..buat apaa… tak… balik..kampung..ke?” Haikal tidak mengendahkan soalan dari Aman tadi. Air matanya masih mengalir perlahan.
Aman menggelengkan kepala. “Nope. Ada kerja persatuan sikit kena settle, lusa kot aku balik lepas semua siap. Kau free tak sekarang ni? Kalau free, aku nak lepak sekali.”
“Free…je..” Haikal terus mengesat air matanya. “Sejak…bila kau ada kat sini?”
“Dah dekat setengah jam dah. Nanti make sure kau cuci luka kat lengan kau tu. Kita ni student farmasi, kita belajar kan tentang tu. Sorok-sorok tak ada manfaat. Kalau sorok-sorok je nanti infection kang.” Aman membalas dengan senyuman.
“Oh…lama…dah ke…” Haikal menggumam perlahan. Air tin tadi dibuka perlahan.
“Jangan risau, your secrets are mine too.” Pantas Aman mencelah.
Jari thumbs up diangkat.
“Kau tak balik ke this week?” Aman terus bertanya memecah kesunyian malam.
“Tak kot….Parents aku suruh study time cuti ni.” Balas Haikal sepatah-sepatah. Haikal meneguk perlahan air tadi.
“Ou, I see.” Aman mengangguk perlahan sambil meneguk air tin Nescafe Mocha yang juga dibeli untuk dirinya tadi.
Suasana kembali senyap.
“Am…is it okay for us to give up on something? Aku tahu soalan ni dah ada skema jawapan tapi aku nak tanya jugak.”
“Okay je.” Aman membalas.
“Hah? For real?” Haikal kehairanan.
“Hmm, it is okay to give up sebab kita ni ada limitation. Sometimes, things just do not work out as perfect as it could. Kita dah buat semua benda as we could tapi result masih tak perfect. It’s okay. As long we only give up on ourselves. But never give up on Him. Never. Ever.” Aman mengecilkan pandangannya ke arah Haikal.
“Ohh..sounds fair enough.” Haikal mendongakkan wajahnya ke langit malam.
“Kau pernah kecewa tak, Am?” Haikal terus bertanya.
“I am a human after all, Kal. Of courselah.” Jawab Aman.
“I mean, kat diri kau sendiri.” Haikal menambah.
“Yeah, more than I could remember.” Aman selamba menjawab.
“Tak….penat ke…..Am?”
“Penat jugak. Esecially bila kita kecewa sebab tak capai expectation diri sendiri. Lagi penat, bila kita tak dapat capai expectation orang lain kat diri kita. It’s like running a marathon, brother.”
“Ou…how do you go through it?”
“Kalau penat, tak salah untuk kita take a chance to rest. And redirect.”
“Redirect?”
“Yup, redirect expectation kita semua tu untuk hanya prioritize expectation dariNya. Lagipun, expectation dari Dia je mampu jaga kita, even if we don’t have anyone else. Even if we lose ourselves.”
“Redirect……”
“Dah. Jom sambung lepak kat bilik aku, kita cuci dulu luka kau lepastu kita main game FIFA eh? Guna laptop aku je. Aku dah install game tu semalam. On ke tak on?”
“Okaylaaah..on.. Nanti tolong buat nestum sekali eh, Am?”
“Setakat nestum, no hal. Esok kau belanja aku breakfast eh, Kal?”
“Hahaha, on. Thanks, Am.”
“You don’t need to thank me. This is what a friend should do. To save each other.”
“Sometimes you can’t understand all the trials that we have to go through but Allah has a wisdom and He gives you struggles because He knows you.”
- Deen Squad, After Hardship Comes Ease-
<3
ReplyDelete