#Ignorance - Light in the alleys

Authored by: Zafran
Edited by: Anwar Mc Noo



IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL


Tris: I'm the weakest one here.
Christina: Then you'll be the most improved.

-Divergent-



#Alleysofignorance


Jahil pada diri, kita lupa Allah.
Ujian. Yup, satu perkataan yang luas definisinya. Selalu ditemui tapi, mungkin jarang difahami secara sebenar. Kita diuji kerana kita mampu. Lebih daripada yang kita tahu. Tanpa kita sedar juga, banyak mutiara hikmah yang diperolehi di situ. Teringat mengenai satu kisah, berdasarkan pengalaman yang luas dengan pengajaran.

Bila throwback kisah lama, teringat pula zaman jahil ni. Namaku Safian, dan ini kisahku. Ini pengalamanku.

#Schooldays

Masa tu umur darjah 4, bila jumpa kawan, selalu saja cakap kasar, mengumpat dan kadang-kadang tu kitorang ada juga bertumbuk. Ada juga dimana aku sendiri tersilap melemparkan pada guru bila cikgu panggil je “Safian, kenapa awak tak siapkan kerja rumah yang cikgu suruh awak buat? Tak nak jadi pandai ke?" At that very moment, memang sakit telinga aku bila dipanggil macam tu. Apa lagi, aku pun fight balik, “Cikgu la yang tak pandai ajar!, saya malas buat kerja cikgu!” perghh, lepas pada tu, cikgu aku tak pandang dah aku ni. Sekarang baru sedar, silap aku juga.
Aku tak macam murid lain, serius aku memang berbeza. Mula pandai baca buku a.k.a mengeja pun time darjah 4. Bila sekolah agama time petang je,  mula aku ponteng, lepak rumah kawan abang aku la, to make long story short, kitorang banyak berfoya-foya. Boleh kira aku la yang paling teruk sekali.

Pernah jadi juga bila sekolah agama tu sampai aku hampir kena buang dari sekolah agama. Bukan sebab aku bunuh orang atau tangkap gambar bukan-bukan lepas tu upload dalam komputer, tetapi sebab aku jahil sangat sampai ayat sentap yang ustazah cakap kat ayah aku “Berdasarkan penilaian kami, Safian hanya akan jatuhkan peratus sekolah je, maaf, kami tak boleh terima pelajar sebegini di sekolah ini”. Pergh, sakitnya tuh disini dalam ingatan ku, jadi aku macam buat tak tahu je dengan ayat cikgu tu.
Time tu, ayah aku muka masam je, tapi ayah tetap senyum. Disebabkan sekolah agama tolak aku, ayah aku habiskan masa sebulan lebih untuk ajar aku asas agama, nah disitu lah aku mula membaca ayat Al-Quran dimana benda yang aku paling malas nak baca. Habis je sebulan lebih, terus aku dibawa balik ke tempat yang paling aku malas juga nak pergi iaitu sekolah. Ayah aku sampai je kat sekolah agama tu terus dia buat rayuan untuk kemasukan aku ke sekolah agama petang dan aku mula belajar balik kat situ sampai darjah 5.

Aku ada mention kan pasal mula pandai membaca pada darjah 4, umm, memang betul pun. Bayangkan, sepanjang jadi macam tu, agak-agak berapa keputusan peperiksaan tu sepanjang aku sekolah? Konfem merah menyala-nyala, kalau dibandingkan dengan lampu spotlight kat padang bola tu, boleh jadi aku punya keputusan peperiksaan ni jauh lebih menyala la..haha. Astaghfirullahalazim, benda teruk mana boleh ketawa kan?
Sampai ada satu tahap tu ibu aku cakap kat aku “ Lepas ni ibu tak nak ambil report kad Safian lagi sebab buat malu je ada anak macam ni,” Perghh sakit lagi bertambah. Ayah aku pula tambah “Safian cakap apa pun lepas ni, ayah tak akan percaya dah sebab awak tu bukannya pandai sangat, mana ada orang percaya orang macam awak”. Aku terdiam. Tapi yang menghairankan. Aku tak marah pun sebab aku ni memang dasar jahil dan aku tahu pasal tu, kelemahan diri aku dan malasnya aku dalam pelajaran buatkan aku ni teruk. Aku totally pasrah. Yup, semua orang ada kelemahan, aku akui, tapi mungkin itulah penilaian pra matang aku waktu tu.

Kawan aku ada cakap kat aku “ Safian, kau memang tak pandai ehh? Sampai duduk kat kelas tercorot dan dapat markah paling rendah dalam kedudukan kelas”. “Aku tak nak la kawan dengan kau lagi, takut aku pun jadi tak pandai macam kau”.

Ayat tu aku ingat sampai sekarang ingat, cuma tak nak cakap kat orang lain.
Nak dijadikan cerita, aku pun jatuh hati pada seorang perempuan ni, mula la cinta monyet aku ni. Cuma aku ada satu masalah walaupun aku jahil, aku tak boleh bercakap dengan perempuan sebarangan atau duduk rapat-rapat, senang cerita aku ni ada privasi. Masya Allah, Allah dah jadikan sifat aku ni macam tu dan aku sangat bersyukur sehingga sekarang. Tapi malang sekali, perempuan tu dah ada couple dia sendiri, tengok dari jauh la jawabnya.

Ada juga sorang ni ala-ala Neelofa jugak, cuma atas beberapa sebab dan faktor yang diambil kira, lepas juga kepada orang lain.
To make long story short lagi, suatu hari, tba-tiba aku terdengar bunyi orang sedang seperti menyanyi, (Yup, at first, itu sangkaan pertamaku) aku follow je bunyi tu dan aku jumpa seorang lelaki tua sedang membaca kitab suci Al-Quran di beranda rumah. Aku lupa surah apa tapi bila aku dengar memang tenang sungguh hati aku, aku pun terus berlari balik.

Boleh katakan aku tak makan la seharian (tapi ada juga curi-curi makan sikit). Aku pun buka Al-Quran dan aku belek punya belek tiba-tiba aku terhenti dan aku membaca satu petikan dalam surah Al-Baqarah ayat 10:

“ Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang pedih, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)”.

Mengikut terjemahan, keyakinan mereka lemah terhadap kebenaran Nabi Muhammad SAW. Lemahnya keyakinan itu menimbulkan kedengkian, iri hati, dan dendam kepada Nabi Muhammad SAW, agama dan orang Islam.

Lepas baca petikan itu aku terpinga-pinga, aku jadi kehairanan. Aku berfikir sejenak, mungkinkah disebabkan ragu-ragu yang ada pada diri kita terhadap jalan itu sendiri, Islam, menyebabkan kita tersilap langkah? Adakah aku sedang menuju satu tujuan atau sekadar destinasi khayalan selama ini? Yup, mujur wujud kesedaran, tanda ingatan. Ilmu dan pemahaman masih aku perlu dipertingkatkan.

Maka mulalah jalan aku dalam mencari “Siratul Mustaqim”. Yup, bagi aku inilah permulaan untuk bab yang baru. Permulaan untuk penghujung yang baru. 

Aku percaya, there is still light in these alleys of ignorance.

"We're all running. But so few of us are running in the right direction. We have the same goal. But to get there, we need to stop. And examine if we are running towards the Source-or just a reflection."
-Reclaim Your Heart, Yasmin Mogahed-

Comments

Popular Posts