NKI 2017: Ciaaa Moments
By: Anwar Mc Noo
IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
“A team is not a group of people who work together. A team is a group of people who trust each other”
-Simon Sinek-
*Ding!*
Notification Whatsapp diklik dan dibuka. It was the info about the recruitment of facilitators for Nadwah Kepemimpinan Islam (NKI) SBP Zon Tengah 2017 from Syafiqa.
Notification Whatsapp diklik dan dibuka. It was the info about the recruitment of facilitators for Nadwah Kepemimpinan Islam (NKI) SBP Zon Tengah 2017 from Syafiqa.
“Nak join tak?”
I was thinking, “Sebelum ni pernah jadi ajk parking je time sekolah jadi host dulu. Why not cuba sebagai fasi pulak?” at the same time, “Layak ke ni nak jadi fasi untuk budak-budak kepimpinan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)?”. But let's give it a try, I thought. Nasib baik ada juga geng UIA and ALKIS (Alumni Kolej Islam Sultan Alam Shah) nak join sebab insecure juga sebenarnya nak join jadi fasilitator ni kerana masih kurang pengalaman dan baru dapat info yang host program ni adalah pihak Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).
24 February. The first day I came to Kem Bumi Jati Shah Alam, I met Hafiz and Aufa. Seriously, I never thought that this would be the moment I met my new extraordinary sifus. Selepas semua sampai, kami diminta agar mengenalkan diri kami menggunakan gaya hobi masing2 (Nama, bidang pengajian, dan tempat pengajian, pengalaman jadi fasililator). Akmal dengan gaya swimmingnya, Hafiz dengan gaya kacau orang lain, Aimi dengan bahasa novelnya, Aufa dengan beatbox nya. Kak Khadijah dengan gaya memasak. Anis dengan gaya berseninya. Ain yang memperkenalkan diri dengan gaya tidur (hobinya tidur), ada yang dengan cara bermain badminton, pengulas bola sepak dan sebagainya. Aku? Sebab aku mengaku melukis maka first time aku mula melukis wajahku di apps Memo untuk memperkenalkan semua details itu kepada mereka. Serius bukan seperti lukisan pelukis Detective Conan, Gosho Aoyama. You guys don’t want to imagine my drawing. Haha.
Masa itu juga kami diperkenalkan kepada Ketua Jurulatih kami, Abang Daniel, seorang pemimpin yang sangat humble dan berkaliber. Timbalan Ketua Jurulatih kami, Kak Yati a.k.a Sis Ed yang ceria, sangat humble dan sentiasa membantu kami. Abg Daus pula a.k.a Ustaz Daus dan Abg Muzammil a.k.a Abg Melmel yang sentiasa ada untuk membantu kami. Abang Amirul Fatin a.k.a Dr. Mafar a.k.a Abg Am a.k.a Abg Mafar (rasanya aku sahaja yang memanggil gelaran ini. Haha) yang penuh dengan ilmu dan sentiasa berkongsi dengan kami. Semua pimpinan program dan pasukan sangat bersikap terbuka menyebabkan kami sungguh selesa walaupun baru berkenalan. Banyak yang dapat dipelajari pada waktu ini. Antaranya, apabila Abg Mafar berkongsi pelbagai tips dan skills sebagai fasilitator dalam kumpulan. Skill memujuk, mengeksplor dan sebagainya. Kepimpinan mereka yang makan sama meja, duduk sama rendah, dan berdiri sama tinggi dalam dewan (baca: humble), stay-up sama-sama untuk post-mortem dan siapkan kerja, membuatkan aku sungguh kagum dengan mereka. Hats-off to them! Malah kehadiran setiap ahli ini menambahkan lagi keyakinan aku untuk menerima amanah menjadi fasi.
Pada waktu malam pembentangan modul, kami diminta menyediakan cheers untuk kumpulan fasi. Somehow, keselesaan sesama kami seperti aku sudah lama berkenalan dengan mereka apabila kami mudah serasi dan berjaya mencipta cheers ciaa kami. Haha. Baik, cheers fasi akan diceritakan lagi nanti. Malam itu, aku dan Hani ditugaskan untuk lead modul Raja dan Tong Madu. Di sini, kami dibimbing oleh Abang Daniel untuk melakukan pelbagai kaedah dan cara untuk berkomunikasi dengan peserta. Hafiz dan Fakhrul pula banyak memberi kami idea baru malam itu. Fasi lain pula sangat supportive dalam pembentangan ini. Hehe. Seriously, kerana mereka ada dalam pasukan fasi ini, banyak yang aku telah pelajari.
Malam sebelum hari pertama program, Kak Khadijah sempat beritahu, “Anwar, kita kena fikirkan gaya untuk lagu Nadwah ni tau”. Speechless aku. Alamak. Belum pernah lagi aku dapat tugas kena buat gaya lagu ni. Depan semua pimpinan Badar SBP pula tu. Agak janggal pada mulanya untuk reka gerak tari sebab memang tidak pandai reka gerak geri ni. Little that I knew that it was a blessing in disguise. Disebabkan task yang aku consider sebagai mission impossible ini, aku makin kenal apa itu erti persahabatan. Erti berkawan. Erti berpasukan. Kak khadijah tidak tinggalkan aku berseorangan dalam tugas ini. Kak khadijah banyak memberi idea tentang gaya pada permulaan lagu, Akmal pula sambung membantuku dengan mereka gaya-gaya untuk lagu tu sampai 4 pagi, Fateh pula bantu kami rakam gaya-gaya tu in case kami terlupa pada esok hari dan Hafiz pula stay up sama-sama dengan kami sambil menyiapkan teks MC untuk majlis esok. Mereka memang osem! Disebabkan task ini, aku dapat kenali mereka dengan lebih mendalam. Moment itu juga merupakan first time dalam hidup, aku menari dalam bilik sampai 4 pagi. Hehe
Keesokan harinya, program kami pun bermula. Again, permulaan program yang dirangka oleh Abang Daniel dan Abang Mafar memang out of the box. Abang Daniel telah berlakon sebagai orang yang tidak waras dan berpakaian selekeh sambil memegang mop, seluar dipakai tinggi, rambut disisir agar kelihatan skema, dan berlagak selamba sebelum memperkenalkan diri sebagai Ketua Jurulatih a.k.a Ketua Fasilitator. Untuk apa? Untuk keluar dari expectation biasa peserta dan menunjukkan bahawa kita tidak perlu dilihat sebagai orang hebat untuk menjadi hebat. Berjaya ke? Berjaya. Kemudian, fasi-fasi dipilih oleh ahli kumpulan masing-masing. Antara yang aku belajar sewaktu fasi disuruh untuk “menjual” (baca: mempromosi) diri sendiri sebelum dipilih oleh peserta-peserta adalah, percaya pada kebolehan diri dan tonjolkan apa yang kita mampu offer untuk bantu kepada orang lain (peserta). Yup, percaya. Dan kongsi.
Setelah berada dalam kumpulan, aku bersyukur diberikan satu kumpulan yang aku boleh gelar sebagai keluarga. Semua saf pimpinan badar dalam kumpulan ini dapat aku anggap sebagai hebat dan luar biasa. Sepanjang perkenalan aku dengan mereka, lebih banyak input yang aku dapat walaupun aku adalah fasilitator yang ditugaskan untuk facilitate mereka. Fateh dari Kolej Islam Sultan Alam Shah, Faris dari SM Sains Alam Shah, Ilmi dari SM Sains Hulu Selangor, Arif dari SBP Integrasi Sabak Bernam, Akmal dari SM Agama Persekutuan Kajang, Nurin dari SM Sains Tengku Abdullah, Anis a.k.a KD dari SM Sains Kuala Selangor, Afifah dari SM Agama Persekutuan Bentong, Farah dari SBP Integrasi Gombak, dan Intan dari SM Sains Seri Puteri. Sewaktu dalam sesi modul, kesimpulan dan pendapat daripada mereka sangat bernas. Aku tahu mereka ini bukan biasa-biasa. Walaupun pada mulanya, mereka agak awkward antara satu sama lain, namun jangkaan aku bahawa mereka akan awkward sehingga habis program meleset. Mereka sangat aktif di dalam kumpulan dengan cara mereka yang tersendiri. Mereka sangat aktif apabila ada peluang untuk mendapatkan markah kumpulan. Antara contoh yang jelas, walaupun kumpulan kami terletak di belakang sekali dalam dewan, Intan dan Nurin selalu berlumba hendak ke hadapan apabila Abang Daniel memberi peluang untuk mana-mana ahli kumpulan untuk ke hadapan dan memberikan solusi (sudah tentu siapa yang memberi solusi akan mendapat markah mewakili kumpulan mereka), ada juga beberapa kali, mereka akan tunggu di hadapan supaya Abang Daniel boleh lihat wakil kumpulan kami angkat tangan. Haha. ternyata, semangat kerjasama mereka tidak memerlukan modul yang khusus, mereka sudah ada dalam diri masing-masing. Oleh sebab itu, aku terfikir seperti hendak kembali ke zaman sekolah semula apabila dapat semangat dari mereka.
Pada hari seterusnya, hasil recommendation dari Akmal, Abang Daniel, Abang Mafar, dan Ain, maka aku mula kumpul expectation-expectation daripada mereka, untuk mengetahui apakah yang mereka mahu dari barisan fasilitator NKI kali ini. Ada di antara mereka yang bertanya, bagaimana mahu menjadi Naqib atau Naqibah (individu yang bertanggungjawab handle Usrah) yang efektif? Pertanyaan ini sangat menarik kerana jawapan itu sebenarnya sudah ada pada mereka. Mereka telah berjaya menjadikan kumpulan kami (Al Fateh) lebih dari sekadar kumpulan, setiap dari mereka telah berjaya menjadikannya sebagai satu usrah (baca: keluarga). Seperti contoh, tanpa aku perlu beritahu, mereka akan tunggu semua ahli kumpulan tiba untuk makan bersama-sama.
Ohana means family. Family means nobody gets left behind or forgotten”
-Lilo and Stitch-
Mereka juga patuh kepada arahan dan bimbingan Akmal sebagai ketua pasukan dan pernah juga mereka buat strategi sama-sama untuk datang awal dan duduk di hadapan dewan supaya mudah nak dapat markah, namun sampai habis program, kami tetap di belakang kerana mahu menghormati team lain yang mahu duduk di hadapan (bagus tak? Haha) aku kagum dengan hamasah (baca: semangat) mereka dalam berkongsi pendapat dan berkomunikasi walaupun tidak sampai 3 hari mereka bersama. Aku dapat lihat dalam diri setiap dari mereka, potensi mereka untuk pimpin BADAR sekolah masing-masing sangat tinggi. Kipidap semua! Hehe.
Selain itu pada mulanya, aku agak kekok untuk facilitate group ini kerana aku sendiri masih kekurangan pengalaman. Namun, apabila aku dapat lihat sahabat fasi yang lain, seperti Akmal dengan semangatnya dalam group, Haikal yang kelihatan tenang melaksanakan modul, Hafiz yang selamba dan bersahaja melaksanakan modul dalam groupnya, Lutfi yang sentiasa senyum terhadap ahli-ahli kumpulannya dan fasi-fasi lain yang aku kira tampak berpengalaman untuk facilitate group masing-masing, maka aku decide untuk ambil aura dan semangat mereka dan cuba menggalas tanggungjawab sebagai fasi kumpulan Al Fateh dengan sebaiknya. Terima kasih semua!
When “I” is replaced by “We”
Even “illness” becomes “Wellness”
-Anonymous-
27 Februari 2017, pada hari terakhir program, tibalah waktu yang paling tidak aku gemari iaitu saat perpisahan harus diucap. (quote perpisahan), namun aku masih cuba untuk sedaya upaya untuk act cool depan keluarga baruku ini, “Takkan nak menangis sekarang dengan blazer ni, An” aku bermonolog. Sebak juga apabila melihat mereka mula menitiskan air mata. “An, mereka ni ada potensi jauh, mereka dah banyak input dapat di samping dapat jugak aku belajar dari mereka, misi kami sudah hampir selesai, mengapa aku nak nangis?”. “Sepatutnya aku lebih gembira, tunjukkanlah senyuman supaya mereka tabah” aku bermonolog lagi. Baiklah, tenang Anwar, tenang. Tiba-tiba, air mata mengalir deras di pipi. Tambahan lagi dengan kesan muzik latar belakang Abg Mafar, aku tewas dengan tangisan ini. Tidak, ini bukan kesudahan yang aku mahukan. Control Anwar, control. Aku tahu aku harus tabah di hadapan mereka, at least. Come on Anwar. Kemudian, Akmal bangun dan mengucapkan terima kasih sebagai wakil dari kumpulan ini. Satu kata yang aku tidak mampu balas. Anis pula berkata yang disebabkan team ini, keyakinannya dapat dipulihkan dan dikembalikan semula. Satu-satu wajah aku tatap, aku yakin inilah wajah-wajah yang akan menjadi mutiara-mutiara BADAR di sekolah masing-masing. Sebelum kami berpisah, sempat Akmal ucapkan kata-kata yang aku kira tiada yang dapat menjadi gantinya walaupun aku diberi sebillion kereta Ferrari, “Abang, saya sayang abang kerana Allah”. Air mata hampir mengalir macam air dari empangan pecah pula. Hahaha. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih semua.
Ketika sesi postmortem pula, Lutfil sempat berkongsi dengan kami, bahawa semasa sesi perpisahan tadi, dia sedar apa itu makna sebenar terima kasih apabila groupnya sendiri berterima kasih kepadanya. Ianya satu penghargaan yang terlalu bernilai. Ianya lebih sekadar hanya satu lafaz semasa cikgu masuk ke kelas atau selepas sesi kelas itu habis, tetapi ia menjadi tanda penghargaan kita yang istimewa buat seseorang guru itu atas ilmu, masa, perhatian, fokus dan tenaga yang telah dikongsi. Ianya simbolik penghargaan yang istimewa kepada seseorang yang istimewa. Sangat exclusive. Begitu juga kita patut mendalami ucapan salam, sambung Lutfil. Ianya bukan sekadar lafaz apabila kita berjumpa dengan sahabat atau kenalan, ianya satu doa, untuk seorang saudara kepada saudara yang lain. Ianya satu ucapan yang istimewa. Kerana ianya doa, untuk kita. Untuk kesejahteraan kita semua. Sebelum selesai post-mortem itu, Abang Rashidi, yang turut sertai kami pada hari terakhir, sempat memberi kata mutiara, “Makin kita berada tinggi di atas, makin ke bawah kita patut melihat”. Short, simple but very inspiring!
Bersama dengan team yang aku hanya sempat bersama kurang dari seminggu ini, aku sedar banyak lagi yang aku harus belajar dari setiap diri mereka. Pengalaman dan perkenalan ini juga dapat disimpulkan melalui cheers fasi kami;
Satu! Ciaa, dua! Ciaaaa ciaa, tigaaaaa! Ciaa ciaa ciaa (Ini sebagai simbolik bahawa tidak kira apa cabaran yang ada, kita sebagai pasukan akan tetap bersama!)
Da’ieeeeeeeee (Ini simbolik bahawa sebagai satu pasukan, setiap dari kita akan bersama-sama menyebar inspirasi terhadap sesama ahli)
Ciaaaaaaa! (Suara Hafiz sebagai master pickupline kami main peranan di sini.)
Takbirr! Allahuakbar! (Dalam setiap pertemuan dan perpisahan kami, Allah sentiasa ada bersama kami)
Abang Daniel. Abang Daus. Abang Melmel. Abang Mafar. Abang Rashidi. Akmal. Anis. Haikal. Lutfil. Hafiz. Aufa. Fateh. Fakhrul. Kak Yati. Kak Lyn. Aimi. Hani. Ain. Kak Khadijah. Kak Hidayah. Kak Mariam. Setiap dari mereka, telah menjadikan pasukan ini, juga satu keluarga. Disebabkan pengalaman ini lebih manis dari segala pickupline maka aku gelar ia sebagai, Ciaaa Moments. Hehe
May this bond last till Jannah! Maafkan segala kesilapan, terima kasih atas pengalaman. Semoga kita mampu istiqamah! Muka senyum. Muka senyum.
"Unity is strength. . . when there is teamwork and collaboration, wonderful things can be achieved."
-Mattie Stepanek-
.
.
.
.
.
3 Mac 2017. *Ding*
Notification Whatsapp dibuka sekali lagi. “Haritu NKI best tak?” tanya Fiza.
Best! Dan jawapan aku bermula dari atas post ini. Hehe
Comments
Post a Comment