Cinta & Rindu
Authored by: Syamimi
Edited by: Anwar Mc Noo
IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
“Antara rindu dan cinta? Mana yang lebih tinggi?” Tanya
Laila pada sahabatnya, Maisarah.
“Kalau aku, aku memilih untuk meninggikan kerinduanku pada
seseorang yang aku cinta.” Jawab Maisarah dengan senyuman yang bahagia.
Maklumlah, orang sedang dilamun cinta lah katakan!
Laila berasa sedikit hairan dengan jawapan Maisarah. Atau
mungkin dia yang kurang pengalaman? Segera dia bertanya kembali kepada
Maisarah.
“Tapi bukan ke kalau dalam satu perhubungan tu cinta lagi
utama? Apa pentingnya rindu dalam percintaan?”
Maisarah tersenyum saat mendengar persoalan Laila.
“Laila, kalau kau puasa kan kau rasa lapar je ke atau kau
rasa haus sekali?”
“Depends jugak laa. Kadang aku tak rasa lapar pun. Aku rasa
haus je.”
Maisarah membulatkan matanya memandang Laila.
“I mean, kalau kau tengah experience panas terik. Maksudnya
kau tengah lalui sebenar-benar puasa.”
“Ooo mestilah aku rasa lapar tapi haus tu lagi rasa wei. Air
ni penting.”
“Good answer!” Maisarah mengeyitkan matanya pada Laila.
“Puasa ni mcm kehidupan kita Laila. Banyak ujian. Banyak
pantang larang. Makanan pula macam cinta. Penting kan? Tapi rindu ni macam air.
Antara makan dan minum mana lagi penting?”
“Hmmm susah tu. Dua dua penting laa Mai.”
“Haaa tulah kuncinya. Kedua-duanya penting. Tapi kenapa berbanding
cinta, rindu tu lagi patut kita tinggikan? Kau rasa kenapa?”
“Hmmm sebab nanti cinta tu akan tandus macam badan akan jadi
dehydrated kalau kurang air?”
“Brilliant! Itulah yang aku nak maksudkan. You got my point!”
Maisarah bangun dan menepuk bahu Laila yang terpegun dengan konsep yang dibawa
olehnya.
“Dah, tak payah nak takjub sangat dengan kebijakan aku. Jom
ambil wudhu, kita solat jemaah hari ni.” Maisarah gelak terbahak-bahak melihat
wajah Laila yang bagai disampuk hantu itu. Laila pantas melibaskan kain
telekungnya namun Maisarah pantas mengelak dan terus berlari ke arah bilik air.
Air sangat sinonim dengan kehidupan manusia.
Sedang dunia sendiri hampir 70% daripadanya dipenuhi dengan
air. Tidakkah air itu penting?
Rindu adalah simbol kepada sebuah ingatan terhadap
seseorang. Dan cinta pula adalah simbol kepada sesebuah perhubungan.
Rindu umpama wangian pada bunga. Bunga tampak indah bila
dilihat. Bahkan ada yang sampai jatuh hati saat memandangnya.
Perasan atau tak? Sesetengah dari kita apabila melihat
kecantikan sekuntum bunga, pantas dipetik dan mahu segera menjadi pemiliknya.
Perasaan terujanya begitu tinggi. Yelah, bunga yang dicinta sudah berada dalam
pelukannya. Tapi hari demi hari seolah rasa cinta itu semakin layu dek kerana
fitrah setiap kehidupan yang akhirnya akan mati.
Tapi, ada juga sesetengah kita; memilih untuk menikmati
wangian itu dan disimpan kemas dalam ingatan memori sambil memandangnya dengan
penuh rasa cinta. Lama dia menghayati baru dia membuat keputusan untuk memetik
bunga itu dari pokoknya. Hatinya bahagia memiliki bunga itu. Kemudian hatta
walau bunga itu mati, dia masih lagi gembira kerana haruman bunga itu masih
tersimpan kemas dalam ingatan sehinggakan seolah-olah tetap dapat dihidu baunya
pada setiap udara yang dihirup hari-hari. Walau bunga tiada lagi tetapi
harumannya menjadi kenangan yang sering dirinduinya. Seolah-olah masih lagi
ada, masih lagi ada makna. Masih lagi setia.
Mungkin ada yang tak jelas lagi dengan konsep ini. Tak
mengapa. Kita cuba bawa pada contoh lain yang membawa kepada sudut pandang yang
berbeza dengan mesej yang sama.
Makanan dan minuman.
Walau berjenis minuman yang wujud di dunia ini, fungsinya
tetap sama untuk menghilangkan kehausan setiap manusia. Manakala makanan pula
adalah untuk manusia meneruskan kehidupan. Tapi ada juga sampai yang sakit
melarat akibat terlebih makan dan akibat dari meminum minuman yang tak sihat.
Cinta umpama makanan.
Andai nafsu yang diutamakan, akhirnya kita tersandar
kekenyangan. Sampai mungkin tak boleh bergerak untuk seketika.
Air pula umpama rindu. Tapi kalau diteguk air laju laju,
boleh tercekik rasanya. Ada pula yang minum air tak ingat dunia sampai kembung
perut dengan air. Serba tak kena bukan?
Misalan ini makin berat nampaknya. Hahaha.
Kita melangkah ke fasa seterusnya pula ya.
Rindu adalah perasaan yang hadir apabila kita berjauhan atau
tidak berjumpa dengan orang yang kita sayang atau cinta dalam jangka masa yang agak
panjang. Dan selalunya perasaan rindu ini hadir bersama ingatan kita terhadap
memori-memori atau kenangan-kenangan indah yang pernah kita coretkan
bersamanya.
Rindu merupakan bukti yang paling jelas betapa kita telah
membina hubungan yang baik dengan orang yang kita cinta. Dan kadang-kadang,
perasaan rindu ini terselitnya sedikit penyesalan kerana kita tidak
berkesempatan untuk mencipta lebih banyak lagi kenangan bersama ataupun kita
tidak menggunakan masa dengan sebaiknya untuk meluangkan lebih masa lagi untuk
bersamanya.
Ada seorang kakak pernah berkata pada aku:
“Rindu adalah
lebih indah dari cinta.”
Pada saat itu, kata kata itu sekadar bermain di ingatan.
Tapi kehadiran COVID-19 membuatkan aku benar benar menyedari bahawa benarlah
rindu itu lebih indah dari cinta.
Mengapakah?
Untuk mencapai tahap kecintaan yang tidak langsung dicampur
dengan nafsu, aku rasa rindu adalah cara yang paling mujarab. Dan juga, rindu
adalah ubat paling berkesan untuk mencintai seseorang dengan penuh keikhlasan.
Contohnya:
Kita selalu berkata aku cinta Allah. Aku cinta nabi. Tetapi
kadang-kadang, kita atau sejujurnya aku sendiri tak pasti dengan perasaan itu. Adakah
kita cinta kerana kita memang cinta seikhlas hati atau kerana kita telah
didoktrinkan untuk sepatutnya hanya mencintai Allah dan Nabi Muhammad tanpa mengetahui
asbab yang jelas dan kukuh?
Dan kita kadang aneh bila memikirkan bagaimana ada manusia
yang apabila disebut nama Allah dan Rasulullah, air matanya bukan sekadar
bergenang bahkan mengalir dengan derasnya. Bila ditanya mengapa? Jawapan mereka
selalunya kerana:
"Aku rindu."
Rindu itu juga membuktikan kita mengenal dalam-dalam orang
yang kita cinta. Jika selalunya orang bilang tak kenal maka tak cinta tapi
rasanya boleh ditukar kepada mana mungkin cinta kalau tak mampu nak rindu!
Maka, hari ini jangan kita mudah mengatakan cinta jika kita
tak mampu memaknakan ia. Jangan mudah untuk merindu jika belum mengenal sedalam-dalamnya.
Salam cinta dan rindu dari syamimi untuk semua!
Comments
Post a Comment