Have Faith
Authored by: Tyto Alba
Edited by: Anwar Mc Noo
Malam mulai sunyi. Jam menunjukkan hampir pukul 11 malam. Sebahagian penumpang bas mula menyelesakan diri untuk tidur dalam sejuk pendingin hawa ini. Sebahagian lain masih asyik menghiburkan diri dengan MP3 yang menyalurkan lagu terus ke telinga melalui earphone masing-masing. Bas bergerak laju ke destinasi; Sungai Petani.
“Hmm. Yelah, ma. Ma tolong doakan perjalanan Tikah selamat ya.” Balas Atikah sebelum mengakhiri panggilan tersebut.
Walaupun hati terasa berat kerana tidak betah menyimpan duit di dalam poket, namun, bila ibu menyuruh begitu, insyaAllah semua akan baik-baik sahaja. Itu yang dipercayainya sejak dulu lagi. Maka, dua keping not RM100 dimasukkan ke dalam poket kanan seluar sedalam-dalamnya.
‘Alhamdulillah, ada lagi.’ Nafas dihela perlahan.
Di skrin terpapar, ‘4.00 pagi’
Poket kanan seluar segera diraba untuk memastikan kewujudan dua not ringgit tersebut.
‘Ah, sudah.’ Not-not itu lesap.
Matanya meliar ke kiri dan kanan, mencari kalau-kalau ada sesiapa yang Nampak mencurigakan. Fikirannya mula mengesyaki orang sebelah yang masih belum tidur. Namun, akalnya masih menguasai minda. Dia memulakan misi pencarian di kawasan sekitarnya. Habis beg diselongkar, tempat duduk diteliti, setiap celah yang wujud dikeliling tempat duduk itu diperiksa. Nyata, not itu enggan memunculkan diri.
Hatinya mulai berdebar. Not-not itu sahajalah wang yang dibawanya ke Sungai Petani. Dia memeriksa sekali lagi. Hasilnya masih menghampakan. Lalu dia teringat sesuatu. Satu kepercayaan yang baru ditemui sebelum ini.
‘Allah ambil sesuatu tu, bukannya Dia nak ambil sangat pun. Dia cuma nak tengok, kalau Dia ambil sekejap, apa yang hambaNya lakukan. Mencari Dia, atau tidak. Dan Dia nak tengok, apakah dunia ni penting sangat bagi kau, atau kau mampu redha dengan apa yang Dia ambil.’
Lafaz astaghfirullah berulang kali terlontar di bibir, menyesali kealpaannya dalam mengingati Allah pada saat-saat genting begitu. Padahal dia tahu, dia adalah hamba yang tiada berdaya, dan dia memiliki Tuhan yang Berkuasa atas segalanya. Dia juga tahu, segalanya adalah pinjamanNya, dan dia tak berhak atas suatu apa pun.
Hatinya mulai tenang. Rasa yakin dan percaya meresap masuk dalam jiwa. Dia tahu, Tuhan ingin memisahkan dunia ini dari jiwanya.
“Keep calm, Tikah”
Dia memujuk dirinya sambil duduk kembali di kerusi dan nafas dihela panjang.
‘Takpalah, Allah kan ada. Kalau takda duit tu pun takpa, Allah akan tolong, I’m sure of it.’
Maka, buat kali terakhirnya, dia memulakan misi pencarian sekali lagi. Sebaik sahaja dia bangkit dari kerusi empuk bas itu, kelihatan dua keping not 100 Ringgit di atasnya. Dia berasa hairan kerana tempat itu telahpun diperiksa sebelum ini, namun bibir menguntum senyum. Dia berjaya kali ini. Berjaya mencari, dan berjaya dalam ujian ini. Dia berjaya mengingati Tuhannya yang menciptakannya. Dia berjaya meredhai ‘pemergian’ not-not tersebut, walau seketika. Rasa bahagia.
‘Terima kasih Ya Allah, atas ujian ini.’ Senyum lagi.
“How wonderful is the affair of the believer, for his affairs are all good, and this applies to no one but the believer. If something good happens to him, he is thankful for it and that is good for him. If something bad happens to him, he bears it with patience and that is good for him.”(Narrated by Muslim, 2999).
Edited by: Anwar Mc Noo
IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
"A gem cannot be polished without friction, nor a man perfected without trials"
- Lucius Annaeus Seneca -
-------------------------------------------------------------------
“ Tikah, nanti simpan duit dalam poket dalam-dalam tau. Kalau simpan dalam beg, nanti orang senang ambil.” Terdengar suara makcik dalam lingkungan 50-an sedang menasihati sesuatu melalui telefon Samsung Galaxy J7 itu dari seat belakang sekali.“Hmm. Yelah, ma. Ma tolong doakan perjalanan Tikah selamat ya.” Balas Atikah sebelum mengakhiri panggilan tersebut.
Walaupun hati terasa berat kerana tidak betah menyimpan duit di dalam poket, namun, bila ibu menyuruh begitu, insyaAllah semua akan baik-baik sahaja. Itu yang dipercayainya sejak dulu lagi. Maka, dua keping not RM100 dimasukkan ke dalam poket kanan seluar sedalam-dalamnya.
-------------------------------------------------------------------
Mata dipejam, cubaan untuk melenakan diri entah ke berapa kali. Tangan meraba poket kanan, mencari-cari dua keping not yang dititip sebentar tadi.‘Alhamdulillah, ada lagi.’ Nafas dihela perlahan.
-------------------------------------------------------------------
Mata terbuka luas. Entah kenapa, dia tersedar dalam terkejut. Tangan mencapai telefon bimbit di poket beg.Di skrin terpapar, ‘4.00 pagi’
Poket kanan seluar segera diraba untuk memastikan kewujudan dua not ringgit tersebut.
‘Ah, sudah.’ Not-not itu lesap.
Matanya meliar ke kiri dan kanan, mencari kalau-kalau ada sesiapa yang Nampak mencurigakan. Fikirannya mula mengesyaki orang sebelah yang masih belum tidur. Namun, akalnya masih menguasai minda. Dia memulakan misi pencarian di kawasan sekitarnya. Habis beg diselongkar, tempat duduk diteliti, setiap celah yang wujud dikeliling tempat duduk itu diperiksa. Nyata, not itu enggan memunculkan diri.
Hatinya mulai berdebar. Not-not itu sahajalah wang yang dibawanya ke Sungai Petani. Dia memeriksa sekali lagi. Hasilnya masih menghampakan. Lalu dia teringat sesuatu. Satu kepercayaan yang baru ditemui sebelum ini.
‘Allah ambil sesuatu tu, bukannya Dia nak ambil sangat pun. Dia cuma nak tengok, kalau Dia ambil sekejap, apa yang hambaNya lakukan. Mencari Dia, atau tidak. Dan Dia nak tengok, apakah dunia ni penting sangat bagi kau, atau kau mampu redha dengan apa yang Dia ambil.’
Lafaz astaghfirullah berulang kali terlontar di bibir, menyesali kealpaannya dalam mengingati Allah pada saat-saat genting begitu. Padahal dia tahu, dia adalah hamba yang tiada berdaya, dan dia memiliki Tuhan yang Berkuasa atas segalanya. Dia juga tahu, segalanya adalah pinjamanNya, dan dia tak berhak atas suatu apa pun.
Hatinya mulai tenang. Rasa yakin dan percaya meresap masuk dalam jiwa. Dia tahu, Tuhan ingin memisahkan dunia ini dari jiwanya.
“Keep calm, Tikah”
Dia memujuk dirinya sambil duduk kembali di kerusi dan nafas dihela panjang.
‘Takpalah, Allah kan ada. Kalau takda duit tu pun takpa, Allah akan tolong, I’m sure of it.’
Maka, buat kali terakhirnya, dia memulakan misi pencarian sekali lagi. Sebaik sahaja dia bangkit dari kerusi empuk bas itu, kelihatan dua keping not 100 Ringgit di atasnya. Dia berasa hairan kerana tempat itu telahpun diperiksa sebelum ini, namun bibir menguntum senyum. Dia berjaya kali ini. Berjaya mencari, dan berjaya dalam ujian ini. Dia berjaya mengingati Tuhannya yang menciptakannya. Dia berjaya meredhai ‘pemergian’ not-not tersebut, walau seketika. Rasa bahagia.
‘Terima kasih Ya Allah, atas ujian ini.’ Senyum lagi.
“How wonderful is the affair of the believer, for his affairs are all good, and this applies to no one but the believer. If something good happens to him, he is thankful for it and that is good for him. If something bad happens to him, he bears it with patience and that is good for him.”(Narrated by Muslim, 2999).
Comments
Post a Comment