Be Patient. Don't Quit.

Authored by: Al Fateh
Edited by: Anwar Mc Noo

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL


"It does not matter how slowly you go as long as you do not stop."
-Confucius

Buku penulisan aku sudah berhabuk.
Aku tak tahu apa yang aku kejar.
Aku sudah makin buntu untuk apa aku buat semua ini, kadang-kadang apa yang aku katakan memakan diri aku semula. 

Akhirnya, aku memencilkan diri untuk melarikan diri dari segala dugaan.

Aku sudah jauh tersasar ke lautan.
Nikmat ku kecapi dulu sudah hilang dimamah dosa-dosa aku yang bertaburan, tanpa sedar hidup aku makin tersasar, nafsu menjadi pedoman hidup, al quran dan sunnah hanya menjadi sandaran ketika bila perlu.

Namun, nafsu lebih menguasai segalanya.

Aku diam seketika dari alam penulisan, aku akui akan kehebatan seseorang itu berkata-kata, tetapi jangan lupa segala kalam pasti akan diuji kepada orang yang berkata. Aku berniat mengundurkan diri aku daripada alam ini.

Sesekali apabila aku menoleh ketika zaman hebatnya pena tulisan aku, sungguh berbeza AKU dengan apa yang aku tulis. Ibarat langit yang luas di angkasa dengan bumi yang terbentang luas kawasannya.

Aku tidak tahu apa tujuan penulisan aku kali ini, namun aku mengharapkan agar ada hikmah sebalik penulisan yang aku cuba sampaikan pada si pembaca.

Sungguh hebat ketika aku beraksi di hadapan masyarakat, mempalsukan diri aku. Kadang-kadang aku menghayati apa yang aku cuba sampaikan tapi tidak dapat penuh menghayati, isi ibrah itu tidak dapat mencetuskan inspirasi kepada hati ini.

Namun, isi ibrah itu seolah-olah menguji kemampuan kita untuk menghayati ibrah tersebut.

Setelah itu, Aku hilang inspirasi....

Di mata aku, dunia kian kelam.
Kenapa??

Aku sering memberi inspirasi pada insan yang memerlukan kata-kata motivasi diri, namun aku kini kian hilang pedoman hidup, bahkan tersasar jauh dari landasan yang sebenar aku mencari.

Kenapa??

Aku menasihati orang, namun diri aku sikit-sikit jatuh dari kata-kata nasihat aku. Sungguh kalam aku memakan diri aku.

Kenapa??

Semua orang tahu, setiap yang berlaku ada hikmah.
Kini, satu-satu ujian menimpa aku, hidup aku semakin tak teratur, aku masih ingat, gah nya aku merancang untuk mencapai impian aku. Aku mulakan langkah dengan penuh inspirasi diri. Sekarang, aku hilang jati diri.

Apa yang berlaku pada aku ini? 

Aku pun tidak tahu namun serba serbi dirasakan tidak kena.
Aku mencari punca, rupanya aku menjauh dengan TUHAN, tu faktor utama aku hilang segala arah tuju. 

Banyak salah faham melanda diri aku. Sehingga aku tidak menjadi diri aku, aku hilang cool, aku marah orang suka hati dan hilang kewarasan akal ketika emosi aku memuncak. 

Aku hilang orang yang percaya pada aku, aku tidak tahu mana silapnya aku, aku tak sanggup hilang orang yang mempercayai aku, namun nasi sudah menjadi bubur.

Aku tahu aku sudah menjadi seperti sampah, sampai kepercayaan kau sudah hilang. 

Aku tahu aku ni bukan la sebaik mana yang kau sangka, sehingga apa yang kau harap, musnah dan kecewa. Aku tak tahu apa yang kau dengar dan apa salah aku, aku cuma melaksanakan tanggungjawab aku.

Namun, aku sudah melalui satu peristiwa yang mengatakan, "matlamat tidak menghalalkan cara" , nasihat ini sering aku lemparkan kepada masyarakat. Akhirnya terpantul semula kena pada batang hidung sendiri.

Aku sungguh alpa, aku diuji pelbagai ujian, segala perbuatan ku tanpa sedari telah melepasi batasan, sehingga menyakiti hati orang yang aku sayangi.

Aku tak tahu apa yang aku buat.
Tolong jangan jadi Tuhan, menghukum aku sedemikian rupa.
Aku ni pendosa tanpa noktah.
Bantu aku betulkan salah aku, supaya aku mampu taubat nasuha dan berazam tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Tapi kau hilang ketika aku memerlukan teguran dari seseorang. Aku berharap sangat teguran datang daripada kau, namun kau hanya menghamparkan kekecewaan kau, bukan teguran yang berhikmah daripada kau. Di saat, aku perlukan teguran yang mampu membimbing hati aku semula. Jangan kau mendiamkan diri. Tolong muncul. Aku mengharap kata-kata hikmah kau yang selalu muncul bila aku sudah jatuh pengharapan, jatuh semangat. 

Namun, ayat kau yang aku pegang dan aku ingati:

"Sabar, jangan berhenti".

Di saat, aku sungguh-sungguh ingin berhenti, kau menahan aku, "sabar, jangan berhenti".
Aku teruskan jua perjuangan aku, 
Namun, aku menginginkan sangat kata-kata nasihat dari mu.. 

Namun, Allah punya perancangan sangat hebat, aku mendapat teguran dari arah yang aku tidak sangkakan.

Selepas makan, berjalan santai  bersama sama dengan sahabat aku. Sambil berjalan.
Aku mulakan berbicara.

"Weh, aku dah sesat kat laut ni" 

"Aik?!  Laut mana tuh?" 

"Laut afrika selatan la, jauh sangat dah nak patah balik malaysia, cam mana ea?" 

"Oh, guna la maps"

"Maps??"

"Quran dan hadis la" 

"Selain quran ada??"

Pastu dia bacakan hadis, 

عَنْ أَنَسِ بنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ :  قَالَ اللهُ تَبَارَكَ وَ تَعَالَـى : يَا ابْنَ آدَمَ ، إنَّكَ مَا دَعَوْتَنِيْ وَرَجَوْتَنِيْ غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيْكَ وَلَا أُبَالِيْ ، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ، ثُمَّ اسْتَغفَرْتَنِيْ ، غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِيْ ، يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِيْ بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ، ثُمَّ لَقِيتَنيْ لَا تُشْرِكُ بِيْ شَيْئًا ، لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابهَا مَغْفِرَةً 

Dari Anas bin Mâlik Radhiyallahu anhu ia berkata, “Aku mendengar Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Allâh Azza wa Jalla berfirman, ‘Hai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdo’a dan berharap hanya kepada-Ku, niscaya Aku mengampuni dosa-dosa yang telah engkau lakukan dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau minta ampunan kepada-Ku, niscaya Aku mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Jika engkau datang kepadaku dengan membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, niscaya Aku datang kepadamu dengan memberikan ampunan sepenuh bumi.” 
[HR. at-Tirmidzi, dan beliau berkata: Hadits ini hasan shahih].

Zuppp, aku pernah dengar hadis ni, aku pernah baca hadis ini.

Kini, aku sekarang rasa zuuppp nya , sabda Nabi, sunnah Nabi, Sangat berhikmah, Kalamullah lagi sangat hebat kerana itu kalam Pencipta kepada segala benda walapun sekecil-kecil zarah.

Kemudian aku buka surah Az Zumar ayat 53,

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Fuhhh, berpeluh muka ni dengan air mata banjir,
Simple je ayat kawan aku bagi, namun, seakan-akan dia tahu apa yang aku perlukan.
Sungguh, Allah beri bantuan kepada hambaNYA, yang perlukan bantuan.
Allah tahu apa yang hambaNYA perlukan. Inilah pertolongan yang tidak disangka-sangka, 
Allah Maha Mendengar.

Aku siap- siap mandi, dan memakai baju, dan wangi wangian, pergi ke masjid. Menunaikan solat berjemaah, dan menadah tangan dengan sepenuh pengharapan.
Rasa hati ini makin tenang, kerana aku tahu, aku hidup kerana DIA, aku makin rindu untuk kembali kepada jalan yang benar.
Aku akan cuba istiqamah sedaya upaya. 
Sungguh hidup manusia tidak akan sempurna, sehebat hebat manusia, pasti dia akan jatuh dan ada saat dia tidak mempunyai apa-apa, kerana hakikatnya, semua milik Allah. Jangan kau lupa pada Allah, kembali semula pada Allah.
Jangan mempersoalkan kenapa hidup kau begini dan begitu. Ini adalah perancangan Allah, maka pilihlah hidup kau dengan bersandarkan al quran dan as sunnah secara keseluruhan.

 Aku pernah cakap kat orang, sebab dia persoalkan kenapa "pengorbanan ini sakit?"
 Sebab selepas hujan ribut petir mesti ada pelangi yang cantik,

"Kenapa kena lalu juga jalan yang perit?"
Sebab tak best rasa manis awal-awal dengan jalan yang mudah.
Kan best bila dapat rasa kemanisan bila jalan di laluan yang sangat perit dan payah sebab selepas lalui jalan yang susah, rasa tawar pun akan dianggap kemanisan yang dicari-cari.

Aku teringat satu ayat mujarab yang diberi oleh seseorang, di saat hati aku dirobek oleh orang yang aku cuba untuk membantu mereka. 

"Sabar, jangan berhenti"

Sungguh ayat kau, aku akan pegang. Aku tahu aku banyak salah pada manusia sekelilingku. Maafkan manusia yang hina selalu buat salah ini. Alhamdulillah. Aku kembali semangat.

Eh, aku nak share lagi satu ayat.

"AKU tidak bebankan hamba melebihi kemampuannya..."
Al Baqarah:286 

Sungguh kalam Allah ini, tidak disangkal kehebatannya, Pencipta tahu, apa yang terbaik untuk makhluk ciptaanNYA.

Manusia-manusia, jangan la kau jadi penghukum ke atas dosa manusia yang pasti tiada noktah, jangan kau terlalu kecewa dengan kesalahan mereka, terus bantu dan bimbing orang yang salah. 

Wahai manusia, yang telah berputus asa terhadap sesuatu usaha.
Nah, nak cakap sesuatu dekat kau.
"Sabar, jangan berhenti"

Jangan putus asa dengan aku, namun jika kau nak berehat, rehatlah. jangan lupa untuk mendoakan agar kita berjuang bersama-sama semula.

Kita sudah melangkah bersama, jangan berundur namun cukuplah hanya dengan berehat sebentar. 
Jangan mengalah sebelum memulakan langkah, setelah melangkah jangan berpaling ke belakang, tetapi hanya terus maju ke hadapan.

Jangan risau. Mesti ada tempat persinggahan untuk berehat seketika. Sebelum memulakan langkah lebih jauh, mestilah persiapkan diri dengan segala bekalan ilmu kerana cabaran tidak selalunya sama. Semestinya lebih banyak fasa cabaran menantidi hadapan kelak untuk meningkatkan keimanan kita kepada Allah.

Mana yang kurang kita cukupkan, mana yang bersepah seharusnya diperkemaskan, dan mana yang telah kita lupakan cuba kita ingat semula. Pendek kata, cari semula SEMANGAT kita. Tiada siapa yang menjanjikan kesenangan dalam jalan ini melainkan setelah kita tempuh segala onak dan liku yang menanti. Semestinya memenatkan. Namun kepenatan itu bukan titik noktah perjuangan. Namun, hanya persinggahan seketika buat si pengembara. Perjalanan tetap harus diteruskan apabila hilangnya lelah yang menyapa jiwa.

Terima kasih usaha atas kalam yang hebat. Aku akan ingat bait bait kau ini.

Aku tak tahu la, apa tujuan penulisan aku ini. Aku hanya menceritakan secebis kisah hidup aku yang diharapkan ada hikmah yang pelbagai jika dipandang dari sudut positif. 

Aku akhiri dengan satu puisi.

Kecewa pasti,
Jika letak pengharapan pada manusia,
Hati terluka,
Manis menjadi tawar.

Pelbagai ujian ditimpa,
Semai dalam diri erti kesabaran,
Teruskan melangkah,
Jika penat, 
Sila berehat sebentar.

Manusia bukan Tuhan,
Kita tak layak menghukum,
Kerana itu bukan hak kita,
Bantu dan terus membimbing,
Doa semoga diberi hidayah.

Hidup masih panjang,
Letak pengharapan pada Allah,
Kerana itu selayaknya,
Hanya Allah pemberi harapan.

Bila sudah tidak mampu teruskan,
Sabar, jangan berhenti.

Sekian. 
Maafkan saya, doakan saya.



Comments

Popular Posts